Assalammualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah segala usaha telah pun tercapai, meskipun rank global belum menceceah 1k tapi rank malaysia shida sudah pun di bawah 1k. Seronok rasa segala usaha yang shida buat selama ini membuahkan hasil yang tak pernah shida impikan pun. nah! sekarang betul-betul menjadi kenyataan, selalunya masuk blog otai selalu niat dalam hati "tah bila aku nak jadi macam dia" sekarang niat tu dah jadi kenyataan. Happy pula rasa, Moga perjalanan blog Dunia sebenar Shida ni dipermudahkan amin. Bukan senang nak jadi seperti sekarang banyak liku-liku dan cabaran yang harus dilalui. Sempena blog yang hampir 3 tahun nanti pada bulan julai, sama-sama kita nantikan detik ulangtahun blog shida nanti ya. Thanks juga buat kawan-kawan yang selalu support blog shida dari dulu sehingga sekarang dan tak lupa sama-sama kita berdoa untuk Perwira Negara kita di Lahad Datu, Sabah AMIN.





