Assalammualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah shida selamat sampai ke rumah pada isnin pagi jam 2 lebih kurang macam tu lah! dengan jalan sesak, roadblok polis sabar jelah perjalanan yang memenatkan ni. Naik kejang pingang dibuatnya hampir 8jam berada diatas jalan raya yang luas terbentang! Raya haji tahun ni shida ada sedikit kelainan. Orang pulang ke kampung atau sebaliknya yang shida beraya di kuala lumpur rumah abang shida dan kakak ipar. Saja nak merasa beraya di tempat orang. Rasa memang berbeza lagi-lagi kuala lumpur tak macam raya pun shida tengok huhuu^^ Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa shida tak update beberapa hari ni kan. Mulanya memang nak update masa dekat rumah abang tapi orang kata "kejutan budaya" shida demam pula bila tiba di kuala lumpur. Demam+batuk+selsema, memang menyiksakan huhu^^
Raya pertama shida biasa-biasa sebab tak sihat kan! Cuma beraya dirumah sanak saudara yang tak balik kampung taiping perak. Rupanya ramai sedara shida tak balik taiping so dikesempatan tu kami beraya lah tak banyak rumah pun dalam 2 3 je, kebanyakan sedara shida memang stay taiping. Raya ke2 shida dan adik-adik beroperasi berjalan-jalan disekitar KL yang penuh sesak tu! Memang seronok tau dalam keadaan demamnya shida berjalan-jalan, sempat juga shida survey Samsung Galaxy S3 dan dah rembat 1 hehe^^ yang tu shida cerita dalam entri lain k :) dah puas ronda-ronda sampai tengah malam shida balik. Masuk raya ke 3 shida dan family jalan-jalan bawa anak-anak buah pergi Zoo Negara. Seronok juga enjoy-enjoy tengok binatang kan. Lepas tu kami berkelah dekat taman :) Esoknya berangkat pulang tapi singgah dua tempat ke slim river attend kenduri dan terus pusing balik ke sabak bernam hantar adik shida yang bongsu balik Politeknik. Lepas tu baru kami pulang ke taiping dalam area 7malam macam tu :) Perjalanan yang menyeronokkan bagi shida sangat-sangat happy :) nanti shida sambung entri lagi k :) blogwalking dulu!
masih boleh kan shida wish dekat korang?? Salam Aidiladha :)