SEGMEN JOM REFRESH BLOGLIST | Hai korang Selamat Malam, hari ni lewat shida update blog. Aduhai agak sibuk sikit lately, dan blogwalking sekejap-sekejap saja. Masa itu emas tau cepat sangat masa berlalu, tahu-tahu kita dan masuk minggu ke tiga dalam bulan jun.
Dikesempatan ini juga, shida nak ajak korang semua pakat-pakat kita join Segmen Bloglist dari Blogger Hanieza. Nampaknya Hanieza nak refresh semula bloglistnya bersempena juga bulankelahiran beliau. Jadi sekiranya beliau dapat bloglist baru sepertinya kita memberi dah satu hadiah kepada beliau.
So jom semua kawan blogger join segmen ini yang bermula 15 Jun 2021 dan akan tamat pada 30 Jun 2021. Semoga segmen dari penganjur ini meriah dan berjalan dengan lancar. Korang boleh join dengan klik kepada banner di atas ya. Terima kasih.




















