Assalammualaikum, peace upon you.
Ha! korang ingat lagi tak entri Wordless Wednesday | i quit yang lepas, sampai shida type pun typo segan dah ada orang tegur hehee..entri type pagi-pagi buta macam tulah type sambil pejam mata hahaa :p Semua jawab salah hehee, ada yang kata shida nak berhenti kerja, wahh! mana boleh berhenti kerja sebab masih banyak tangungan lain tau. Kalau tak kerja macam nak online nak bayar bil kan :) so jawapan tu salah! ada juga yang teka shida nak berhenti dari bloging, yang ni tak de dalam kamus hidup shida. Shida tak boleh tanpa blog, macam mana pula nak berhenti bloging, domain pun belum sempat luput lagi kan, dah tentu-tentu salah juga :)
Sebenarnya shida nak berhenti dari mendesign blog, senang kata shida tak akan lagi design blog orang. Sebelum ni shida pernah post dekat Fanpage yang shida nak berhenti mendesign, ramai yang tak setuju. Tapi shida dah nekad. Sebab utama shida tak de masa lagi nak design-design ni. Korang tengoklah blog shida sendiri tak de baju ganti sempena tahun baru. Blog orang lain semua dah berbaju baru. sedih tau :( serius cakap shida banyak komitmen luar (rumah dan kerja). Komitmen mengalahkan orang dah kahwen ^_^ apa nak buat shida seorang anak dan seorang pekerja yang diberi harapan dan kepercayaan menguruskan segalanya. Bahu ni pun dah berat memikul tanggungjawab.
Bagi yang faham tu terima kasih lah. Insyallah kalau shida rasa dah selesa dan masa shida pun dah teratur dengan baik, shida mengalukan kedatangan pelanggan-pelanggan shida yang selalu nak kan khidmat mengedit dari shida. Bukan senang tau nak edit blog orang bagi cantik. Itu pun satu tanggungjawab juga. So lepas ni siapa yang nak edit blog boleh tempah dengan design-designer yang lain, dah ramai blogger-blogger buat part time ambil tempahan edit blog sebenarnya. So semuanya dihujung jari. Lepas ni jangan ada yang kata nak berhenti bloging pula ya :) So sementara ni tempahan ditutup sementara waktu.

