Assalamualaikum, peace upon you.
- korang tulislah 10 pucuk surat dan korang poskan kat diri korang sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut, Lakukan setiap hari, 3 kali sehari dan lihat akan hasilnya ^_^
- Jauhkan diri korang daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama melayu yang tangkap raung^^hehee
- Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah, chat-chat room atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan. Buka lah warung khas untuk sesi interview tu, Alaaa... bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor berlambak lagi ~_^
- Buat perusahaan menternak itik: Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan korang tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik gembo gembo ^_^
- Sibukkan diri dengan bekerja, Bantai overtime banyak-banyak. Bila duit dah berjuta nanti, cari je yang lain, kahwin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala nak tunggu jodoh datang. bila duit ada segalanya pun ada! eh!! yeke??
- pergi ngadap cermin yang sememangnya setia dengan korang, buat lah lawak gile-gile! yang tak masuk dek akal, lepas tu gelak lah sendiri <--- siott jerk!!
- Kalau still teringat dekat pasangan korang tu, korang pergi cari tangga, alaa.. cari lah dekat rumah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya lah!.. akan lupakan terus pasangan korang! dengan diri sendiri pun korang tak akan ingat-ingat lagi^^ wakakaka
- Gantung gambar si dia kat dinding kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan, buat lah apa-apa je asal hati rasa puas!!
- Kalau susah sangat hantuk je kepala tu kat dinding rumah, buat lah sampai rasa dah bosan dengan hantukan tu ok <--- errrr..
- Kalau ingatan korang masih ada, pergi je rumah jiran sebelah, pinjam tukul, pastu buat lah tak tau sambeil ketuk kpala sendiri sampai ilang ingatan <--- agak-agak ada yang nak buat tak??
- kalau rasa semua diatas tak berkesan juga "apa kata cari penggantinya" lebih senang cerita cari pasangan baru lagi hebat lagi baik lagi urmhh!! dari yang sebelum ni. Pasti korang puas hati dan bahagia justeru kekasih lama tak akan muncul lagi ^_^
macam mana? ada yang nak cuba? cubalah belum cuba belum tahu, dah cuba mesti tak mahu cuba lagi hehe^^ SELAMAT MENCUBA~

