Pejam celik pejam celik dah 3 bulan 3 hari dah domain shida berlangsung. So selama 3 bulan ni banyak yang shida tempuh dan lalui bersama-sama dengan domain ni. Macam-macam masalah yang datang dan duga blog seusia 3 bulan berdomain ini. Peningkatan sejak memakai domain ni banyak yang shida dapat antaranya yang paling ketara adalah PR dari google shida dapat PR3 selama 3bulan, semasa baru tukar domain PR0. Selain itu ranking dari alexa juga semakin baik dari no data sehingga masuk bulan ke 3 dah dapat 382,728 untuk ranking alexa dan malaysia masih kurang puas hati bagi shida masih dibawah 2ribu. Dan berharap lepas ni shida mampu lagi mencapai sehingga bawah 1ribu ranking alexa dimalaysia AMIN :)
dan menarik perhatian shida sekarang Fanpage Dunia sebenar Shida sudah pun melepasi 1000 like! terima kasih tak terhingga kepada semua peng'like' tegar yang like fanpage ini. Insyallah shida manfaatkan sepenuhnya Fanpage Blog shida ni. Ada yang belum like jangan lupa like ok :) Biasa Fanpage ni shida ping-ping entri shida yang sudah pun shida publish diblog. Selain itu shida ada juga selitkan kenangan beberapa koleksi header blog shida. Pendapatan Blog shida dan juga kemajuan yang terdapat dalam blog ni selain alexa dan PR google. Sejak-sejak bertukar domain banyak perubahan yang drastik yang berlaku tanpa shida sedari. Alhamdulillah semuanya datangnya dari hasil titik peluh shida dan juga sokongan dari kawan-kawan blogger seperjuangan. Terima kasih tak terhingga ya korang :)
shida ada target untuk tahun ni shida nak kalau boleh entries shida sebanyak 1000 entries memandangkan sekarang sudah pun mencecah 712 entries. Hope sangatlah internet tak buat hal lagi kalau tak memang tak boleh shida update lagi. Lain-lain tu seperti trafik dan bilangan komen terserah mengikut keadaan shida blogwalking lah. Shida tak harapkan trafik yang tinggi janji shida happy bloging dan mempunyai teman blogger yang setia dengan blog shida. Orang kata bukan senang kita nak ada pembaca setia atau pengunjung setia blog ni. Mesti ada daya tarikan tersendiri untuk menarik minat semua pembaca kita. Insyallah shida akan lakukan yang lebih baik untuk masa akan datang. Sama-sama kita doakan ya :)