Assalammualaikum, peace upon you.
Cuma nak share lah, lappy dah admit kat member shida tu. Sejak dua menjak meragam je, biasalah lappy ni dah berapa tahun berkhidmat untuk shida tau! Sayang gila nak jual ke nak buat apa-apa kat dia. Ini lah harta atau aset shida pertama shida beli hasil gaji shida setelah setahun bekerja. Beli cash harga masa tu RM2199 potong itu ini bayar kurang dari harga asal :) so dia berkhidmat hampir 6 tahun sudah :) nak bila jadi camni memang risau je. Tak pernah berenggang kot! Kalau korang sayang harta korang mesti tahu rasa macam mana kan :) entri ni shida type guna smartphone shida iaitu aset ke3 shida Samsung Galaxy S3. Tengah sesak-sesak macam sekarang ni, berguna juga fone ni kan hehee..dapat la update walau seciput entri hehee.. gambar kat atas tu gambar lappy shida yang dah kena dengan baju baru hehee macam comel je macam cantik je hehee hello kitty lagi :)






