Assalammualaikum, peace upon you.
Seronok pula tajuk segmen dari Adik Lyssa Faizureen ni buat shida terus nak join, Kenapa Aku Berblog? itu tajuk segmen yang perlu shida huraikan dulu tapi sebelum tu kalau korang nak join rasanya tak tahu lah sempat ke tak sebab tutup jam 9 malam ni. Ok kenapa shida berblog? Sebernarnya shida mula buat blog 2009 tetapi buat blog hanya suka-suka, sekadar menulis tentang hati soal hati dan personal. Dulu shida macam newbie sekarang pasang lagu bagai, letak widget sana-sini hahaa^^ memang lawaklah! then sehinggalah shida rasa bosan menulis shida delete blog tu hampir setahun jugalah shida tak buat blog. Sehinggalah tiba-tiba minat berbloging muncul balik dengan harapan nak kan perubahan dan sesuatu.
Shida berblog semula pada tanggal 19 July 2010 iaitu seminggu selepas shida declair cinta sama sidia hehee^^ so rasa dari situ shida serius mahu berbloging, perjalanan rasa seronok lagi bila berbloging sebab nak sharing-sharing macam-macam tau. Sehingga lah shida pandai buat tutorial blog, tutorial nuffnang dan edit-edit blog bagai. Yang menariknya blog shida sehingga sekarang dan sehingga memiliki domain sendiri adalah blog shida yang tak pernah bertukar dengan warna lain iaitu hanya dan cuma ada warna BIRU sahaja. Sehingga kini warna masih menjadi pujaan dan watak utama dalam blog shida tapi personally memang shida suka warna BIRU juga tapi yang pasti bukan aksi biru ya!! selama 2 tahun berbloging memang banyak pahit manis shida lalui bersama-sama dengan blog shida ni. lepas satu satu masalah mendatang tapi dapat diselesaikan dengan aman alhamdulillah :)
Jika nak cerita tentang idola shida ni buat masa ni shida tiada idola atau sumber inspirasi yang kekal. Tapi orang kata sebagai pembakar semangat lah shida suka 3 blogger ini >> Maria Elena, Mialiana dan Ben Ashaari, mereka 3 orang ni shida jadikan sebagai pembakar shida berbloging sebab mereka semua ni berpengalaman dalam dunia blog dan sebenarnya shida suka attitude Maria Elena yang simple dan sempoi! entah suka tengok cara dia, lagi-lagi cara dia berpakaian (menutup aurat) memang respek!! so rasanya itu sajalah sesiapa saja pun shida boleh jadikan sumber untuk pembakar semangat shida asalkan kena dengan caranya saja.
Sementara shida sekarang pembuat tutorial so tujuan utama berblog adalah menjadi pendidik blogger lah, rasa nak teruskan menjadi seperti itu. Memandangkan blog shida kebanyakkannya juga menceritakan hal peribadi dan hal sekeliling jadi agak bercampur aduk sikit content shida. Tapi apa yang penting berbloging suatu pengalaman besar yang tidak dapat shida lupakan dan pengalaman yang ada ni juga mematang shida dari serba serbi, dapat kenalan alam maya yang superb best!! kenalan yang mulanya hanya biasa-biasa sekarang sudah bersahabat baik dan rapat lagi hehee^^ indahnya berblog :)








