Penunggu Istana vs Seru buat shida tak tido malam!

by - 04:14:00

Assalamualaikum, peace upon you,
Hari ini shida sangat-sangat berpuas hati sebab dapat juga tengok juga movie seru dan penunggu istana memang best lah shida tengok tadi. Layan habis cuma komen untuk cerita seru ni memang ok terbaik tapi shida tak berpuas hati sebab jalan cerita dia orang yang rakam  memang geram tak dapat tengok sepenuhnya. ada scene-scene yang best macam aksi dorang berlari dipukul dan sebagainya tak nampak dengan jelas. sudah lah dalam gelap sabar jelah! rasa nak jumpa PIERRE ANDRE minta dia shoot betul-betul, tak nak jalan cerita macam tu! tapi memang best! masa mula-mula scene kan nampak awal ashari, nora danish dan pierre andre sendiri. Ingat dorang berlakon rupanya bukan cuma pelakon tambahan saja. lawak pun ada, tapi nora danish seksi juga baju dia time tu hehe..opss!
klik untuk lebih jelas!!
ini antara part-part yang ada dalam seru ni. masa mula-mula tengok tak nampak lagi apa kaitan cerita ni dengan SERU lastly baru tahu rupanya ada sepasang suami isteri tua yang menyeru anaknya yang sudah lama mati untuk hidup kembali dengan bantuan salah anggota kru dalam pembikinan cerita hantu tu la. Ending cerita ni tiada siapa yang hidup dan semua kru dalam tu mati dibunuh. ish! seram lah korang tengok sendiri lah!


habis cerita Seru tadi terus sambung tengok Penunggu Istana. pelakon dalam cerita ni semua shida tak kenal kecuali kru-kru seekers tu pun 3 orang saja. Tapi nak diikutkan cerita seru ni ada yang kata betul-betul terjadi ada juga kata cuma khabar angin, sampai sekarang shida tak tahu kesahihan cerita Penungu Istana yang dirakam di Istana Billah,papan,perak. hoh? Perak? shida sendiri baru dengar nama tu huhu^^ Jalan cerita memang best. Nampak real tapi tak tahu lah kejadian tu betul-betul terjadi atau diedit.
ini antara part-part yang ada dalam cerita Penunggu Istana  tu, mengikut cerita sekumpulan pelajar ni nak buat satu kajian tentang paranormal dengan bantuan team seekers, selama seminggu mereka berada diistana lama tu hingga hari terakhir, mereka dapat satu part dimana penampakkan tingkap terbuka dengan tiba-tiba. Selepas itu salah seorang dari kumpulan pelajar tersebut macam tidak puas hati dengan kewujudan yang boleh dikatakan seperti tipu-tipu. Mereka stay sehingga 15 hari dan sesuatu yang aneh dan pelik berlaku sepanjang pengambaran. Nak cerita pun seram apa kata korang tengok sendiri. Boleh juga tengok dari youtube.com bagi yang berani saja ok. ending cerita ni shida sempat print screen ayat-ayat ni.

klik untuk lebih jelas!!
tak sure sama ada cerita ni betul atau telah dicerita semula oleh penyelidik sebenar dan dilakonkan semula. Shida tak sure apa yang shida nak cakap memang seram. Banyak part-part yang buat shida rasa terkejut dan tergamam. Ada yang nampak hantu real. tapi tak tahu sahih ke tak. hanya yang diatas saja yang tahu. peace!

esok insyallah shida nak tengok dua cerita ini KARAK dan KONGSI tengok poster macam best hehe^^ kalau korang belum tengok cerita seru dan penuggu istana. boleh la tengok walaupun orang kata cerita dah lama kan tapi jalan cerita best! seram! ini baru masuk dengan shida. Shida memang suka tengok cerita seram! lagi berkisahkan hantu dan pembunuhan. tengok pula time tengah malam lagi best! ada yang berani macam shida?? sila angkat tangan macam saya! ^_^




You May Also Like

17 comments

  1. mcm best jer Citer ni kan..
    suke tgk citer seram2 tp itulah..
    Hubby mesti x bg...dia mls klu nntn citer seram2..sambil sis ni menjerit2.. katanye x feel nk nntn..padahal..yg menjerit2 tu lah yg feel kan..hiks.. ;)

    ReplyDelete
  2. dew org ckap movie penunggu istana 2 betul² terjadi tapi xpastilah..

    ReplyDelete
  3. penunggu istana tuhh , dowg berlakon je . sara tuhh ad blakon dlm nur kasih the movie and ammar ada blaon kat astro wrna skrg :)

    ReplyDelete
  4. Blogger LiLy @ MumMyQiStInA: hahhaa itu lumrah wanita sis kalo jerit2 nih hahaa^^ shida masih cool tgk..:P

    ReplyDelete
  5. Blogger Mila Ahmad: beb! shida pon dgr mcm tuh taw. agak seram juga.

    ReplyDelete
  6. Blogger missamy: rsanya dorg lakon semula..tp watak dan jln cerita real yg blaku..hhhmmmm not surelah!

    ReplyDelete
  7. bagi laa link kat mana nak donlod citer2 nihh.. cikgu tataw nihh.. pllzzzzzz.... :( sambil wat muka kesian..

    ReplyDelete
  8. haha..abes semua dia layan cerita dalam satu hari..hahahah

    ReplyDelete
  9. Blogger wan_cikgumuzik: cikgu shida dwload dari youtube jer huhu, link yg lain nnt shida usaha carikan ok :)

    ReplyDelete
  10. Blogger apik pehe: apik ade berani =p

    ReplyDelete
  11. ala..da lm x tengok movie...grrr

    ReplyDelete
  12. Blogger KinosKoko: lepas ni kena rajin2kn diri hehe^^

    ReplyDelete
  13. hahaha..berani kalo tengok ramai2..hahaha

    ReplyDelete
  14. Blogger apik pehe : yeke nih? ke dia lari dlu nyorok xmo tgk ekekee..shida bru lpas tgk cerita karak lps mhrjalawak td..perghh!

    ReplyDelete
  15. owh xde masa nk layan movie.. anime pun x sempat jgak, huh...

    ReplyDelete
  16. Blogger caliph shuriken : perghh! layan anime shida xpnah tgk pon best sgt ke?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.