Tergendala juga blog shida beberapa hari kerana baru-baru ni lappy shida buat hal, window corrupt sudah!! agak gelisah juga. Tanya kekasih hati dia pun tak dapat nolong..huwaaa terpaksa hantar kedai juga repair. 3 hari juga masuk wad. Abg Pomen cakap kemungkinan Hard Disk shida dah nak rosak sebab punca-punca lain dia tak dapat kesan lagi. Nasiblah Abg Pomen format je lappy ni kalau kate hard disk rosak 2 ratus lebih melayang huhuuu..makin nak raya makin kuat duit keluar macam air laju je non stop! Hurmm..File dalam C memang lesap habis cuma dalam D saja selamat lepas ni beringat semua file penting-penting kena simpan dalam D supaya berlaku lagi tak susah hati. Tapi apa yang penting laptop dah ok sekarang dah boleh on dan guna. Cuma paling kesal semua design-design ciptaan shida lesap huhuu :( design kad raya customer juga habis nasib ada copy lagi dalam email so tak lah susah hati sangat huhuu.. Tapi hati sampai sekarang masih dalam sedikit kesedihan sebab file office yang shida save dalam lappy ni lesap juga. Menyesal betul tak copy masuk pendrive. Memang kena beringatlaaa lepas ni huhuuu :(
Kerja-kerja Cetak Kad Raya Masih Berjalan Seperti Biasa, berminat?? > klik sini <