Hampir 7 bulan shida membiarkan blog ini bersawang. Maafkan shida terlalu banyak perkara berlaku selama dalam tempoh 7 bulan ini. Berita sedih, berita gembira hanya Allah saja yang tahu bagaimana shida lalui semua perkara yang berlaku.
Hai korang! apa cerita sekarang ni? Lama sangat shida tak update, tak blogwalking. Tah ada ke takde kawan-kawan shida yang selama ini selalu support shida dan blog. Mohon maaf ya. Nasib tak menyebelahi shida dengan baik untuk tahun 2022 ini.
Mesti ramai rakan blogger yang pelik dengan shida yang hilang tiba-tiba. Ada je blogger yang tahu ada juga yang tak tahu. Ada juga yang cari shida di facebook dan instagram, maaf memang shida banyak diamkan diri masa tu selepas apa yang terjadi pada shida.
Bagi yang tahu, ya shida kena covid gais..pada tahun lepas (disember) seiring dengan berita yang menggembirakan shida pregnant masa tu sudah 3 bulan. Tapi dalam shida berkampung di dalam wad selama 4 hari dan menyambut hari lahir sendiri di dalam wad sorang diri rasa sedih amat.
Tapi perasaan sedih ini bersambung lagi sehingga selesai keluar wad dan menjalani rawatan covid selang beberapa hari shida keguguran. Amat sedih juga bila cahaya mata yang dinanti hilang sekali lagi menemui sang pencipta. Terlalu banyak spekulasi bila shida keguguran, dah cukup jaga sehingga bulan ke 3 tapi masih takde rezeki.
Shida redha korang. ambil masa hampir berbulan-bulan untuk pulih. Mencuba pelbagai bentuk dan jenis rawatan yang disarankan. Andai Allah kata belum, ya memang belum ada rezeki. Bulan ini cukup shida berpantang 6 bulan sesi merawat kembali. Masih plan untuk mencuba lagi, semoga kali ini lebih baik dan diizinkan. Korang doakan lah untuk shida ya, Amin.
Selamat kembali Shida, inilah semangat yang shida ingin kembali. Semoga berterusan menulis tanpa jemu dan terus istiqomah. Memandangkan ini bulan ke dua shida bekerja, oh ya shida dah mula bekerja tapi nantilah shida story mory di next entry ya. Semoga korang pun ceria, sihat sejahtera selalu.