Perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011 | video dan gambar

by - 01:24:00

Assalamualaikum, peace upon you.


Salam 1 malaysia buat semua para blogger. Hari ni negara kita malaysia digemparkan dengan perhimpunan bersih 2.0 di Kuala Lumpur dimana beribu-ribu rakyat malaysia turun untuk membuat demokrasi dan tuntutan sebagainya terhadap kerajaan kita malaysia. Apa pendapat korang tentang isu ini? 

Bila jam kat rumah berdetik 12.00 am 9 Julai hati shida mula rasa tak sedap dan bercampur macam-macam perasaan. Agaknya bagaimana lah keadaan perhimpunan itu berlangsung kan. Shida tak dapat apa-apa berita langsung sebab shida bekerja hari ini. Pulang saja dari kerja terus buka laptop dan on facebook. search juga kat google tentang perhimpunan bersih tu. Tapi semua info shida jumpa kat facebook ada yang post tentang perhimpunan ni.

Shida tengok video atas tu. Ya allah sayupnya hati kecilnya hati dan rasa sedih sangat-sangat tengok rakyat kita malaysia macam ni. Bila tengok keadaan sana tetiba shida rasa seperti shida duduk diluar negara yang terancam. dimana negara yang tiada lagi kedamaian seperti yang selalu kita war-warkan dan dengar dimana sahutan negara malaysia aman dan damai!

Shida mengharap negara yang aman dan damai. Tiada lagi rusuhan atau apa saja yang boleh kita malaysia berpecah belah. TERUTAMA sekali kita umat islam, allah swt amat tidak suka akan umatnya yang berpecah belahan dan bermusuh antara satu lain.  Ingatlah kita bahawasanya berpeganglah kita kepada tali allah swt. shida doakan negara kita sentiasa dalam keadaan selamat makmur dan sejahtera. AMIN ~

thank you, peace NO war ^_^





You May Also Like

4 comments

  1. Biarjelah.. benda dah berlalu.. hope jadi pengajaran.. :(

    ReplyDelete
  2. kesian peserta-peserta ni kene sembur dengan water cannon dengan gas pemedih mata...

    ReplyDelete
  3. itu laa..apik tak suke politik

    ReplyDelete
  4. Kalau boleh jangan pihak luar ambil kesempatan seperti apa yang berlaku di Libya sudah lah...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.