Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua Bloggerian | Salam Ramadhan dari shida (Dunia sebenar Shida)

by - 20:33:00

Assalamualaikum, peace upon you.
Salam Ramadhan shida ucapkan kepada semua bloggerian terutama kawan-kawan blogger yang rapat dengan shida , sentiasa ada bersama shida ketika susah dan senang kita bersama-sama. Terima kasih! dikesempatan ini juga shida nak memohon seribu kemaafan dari hujung rambut hinggalah hujung kaki jika selama shida berbloging shida ada menyakitkan hati orang, buat orang terasa dan sebagainya mohon ampun sepuluh jari. Dibulan yang baik ni sama-samalah kita beramal dan membuat kebajikan. Ingat puasa penuh ya semua! hehe jangan ponteng-ponteng eh hehee^^ peace >.<
 
shida baru lepas tengok pengisytiharan PUASA 2011 pada 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramdhan kat tv1 tadi. yay! esok puasa seronoknya rasa ^_^

Ertinya Puasa
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Wajib Puasa 
  • Islam
  • Mukalaf
  • Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
  • Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.
Sah Puasa 
  • Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
  • Suci dari haid dan nifas.
  • Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
  • Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).

 Membatalkan Puasa Sekiranya
  • Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
  • Muntah dengan sengaja.
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja.
  • Haid atau nifas.
  • Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
  • Murtad (keluar dari Islam).
  • Gila (hilang akal). 
Pantang-larang puasa
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
  • Berdusta, berbohong.
  • Mengumpat, mengata orang.
  • Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan
  • Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
  • Marah.

 " Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Beramal :) "





You May Also Like

18 comments

  1. Selamat menjalani ibadah puasa ya Shida..
    :)

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa shida..

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa shida..
    jangan ponteng2..hihihi..
    comel doodle tue..

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa jugak dear... :)

    ReplyDelete
  5. selamat menjalani ibadah puasa dan berterawih di bulan Ramadhan dear...

    btw, tengs for sharing..

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan & selamat berpuasa shida ^^

    ReplyDelete
  7. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga penghayatan Ramadan kali ini lebih baik berbanding sebelumnya kerana kita tidak mengetahui, adakah kita masih ada peluang untuk bertemu Ramadan seterusnya. Wassalam

    ReplyDelete
  8. hehe ingatkan kad raya..rupanya kad pose :)

    samat berpose 22 hari shida :P

    ReplyDelete
  9. huhu..shida..selamat berpuasa

    ReplyDelete
  10. shida, p tidoq p..hehe
    wanie baru balik dari pesta perabot..
    baru smpat jenguk sini..

    selamat berpuasa ^^
    japg kejut sahur..hihi

    ReplyDelete
  11. Selamat menjalani ibadah puasa Shida..moga kita sama2 mendpt keberkatan dariNYA..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.