kes ni kecoh satu taiping buat shida rasa tak selamat duduk sini

by - 18:32:00

   Assalamualaikum, peace upon you.

Saban hari kes kes bunuh dan rogol semakin menjadi-menjadi. Bila lihat sipelakunya siapa? asyik-asyik orang melayu yang masih beragama islam. Shida sendiri tak tahu dan tak faham kenapa manusia sekarang semakin kejam dan tidak berhati perut. Kejadian yang menimpa tempat shida sendiri memang "gempar" kes cubaan merogol dan bunuh. Kes ini masih dalam siasatan sebab baru berlaku semalam. Mungkin mengambil masa untuk keluar keputusan bedah siasat nanti. Tempat kejadian tak jauh dari tempat shida, nak sampai sana dalam 10minit saja. Shida harap keluarga makcik Nonri bersabar dan tabah menghadapi setiap ujian dari Allah swt. Mungkin ada hikmah yang berlaku disebalik kejadian ini.

Jiran mangsa, Abd Halim Abd Majid, 45, yang tinggal kira-kira 50 meter dari rumah mangsa berkata, anaknya Afnan, 16, rakan karib mangsa terdengar jeritan dari arah rumah mangsa, sekitar jam 3.30 petang tetapi tidak menghiraukannya kerana menyangka keluarga jirannya hanya bergaduh sesama ahli keluarga
“Tidak lama kemudian, ada saksi memaklumkan melihat seorang lelaki keluar dari rumah mangsa dan meredah kawasan semak di belakang rumah sebelum menyeberang Sungai Limau berdekatan rumah mangsa.
“Bagaimanapun, kami tidak menghiraukan kejadian itu sehingga dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa dalam bilik air Nonri, jam 4.30 petang,” katanya.

PERINGATAN kepada semua JIRAN jika ternampak kejadian seperti ini sila jangan ambil mudah. Segera lapor kepada pihak yang bertugas untuk kampung atau taman, atau terus menghubungi polis untuk tindakan segera. Walaupun benda ini tidak sahih atau berasa bersahaja sekurang-kurangnya kita mencegah dari hilangnya 1 nyawa yang berharga. Sedih atas apa yang berlaku kepada keluarga makcik Nonri. Moga kejadian ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada semua. Walaupun kita tak tahu apa yang terjadi sebenarnya disebalik kejadian. Baca artikel penuh disini > beritaharianOnline






You May Also Like

13 comments

  1. kt taiping bndr kecik pun dh xselamat dgn mcm2 kes kat bndr2 besar lglh xselamat

    ReplyDelete
  2. menakutkan betul sekarang ni kan...shida jaga diri baik2 tau kat sana..uhuhu..malaysia kini dah tak selamat. =.=

    ReplyDelete
  3. Taiping ?
    xjauh dgn area saya..
    takot !

    ReplyDelete
  4. kawasan shida ke ni. mmg mengemparkan dan saya ada terbaca dlm metro kes ni. Si pembunuh ni mmg gila. matlamatnya seks semata-mata sbb tu tidak dicuri barang berharga. tak dapat merogol langsung dibunuh.

    ReplyDelete
  5. Takutnye akak dgr..knapalah ada manusia sekejam begini..

    Moga keluarga kita sentiasa dibawah lindunganNya...

    ReplyDelete
  6. sangat menakutkan..skang ni bahaya kat mane mane..kena sentiasa berhati hati.

    ReplyDelete
  7. dunia yg penuh risau...

    ReplyDelete
  8. BILA BACA CERITA2 MCM NI MMG RS TAK SELAMAT KAN..UHHH,TAKUT..NAUZUBILLAH

    ReplyDelete
  9. BILA BACA CERITA2 MCM NI MMG RS TAK SELAMAT KAN..UHHH,TAKUT..NAUZUBILLAH

    ReplyDelete
  10. bahayanya kak shida..hati2 tau huhu..seramm plak dgr..

    ReplyDelete
  11. aku ada baca paper tentg ni shida..kat tempat ko ke?? gilerr ahh hati2 la shida..tah2 suspek msh tlpas apa..

    ReplyDelete
  12. haishh seram lah sekarang ni.. hurmmm

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.