Assalamualaikum, peace upon you.
Saban hari kes kes bunuh dan rogol semakin menjadi-menjadi. Bila lihat sipelakunya siapa? asyik-asyik orang melayu yang masih beragama islam. Shida sendiri tak tahu dan tak faham kenapa manusia sekarang semakin kejam dan tidak berhati perut. Kejadian yang menimpa tempat shida sendiri memang "gempar" kes cubaan merogol dan bunuh. Kes ini masih dalam siasatan sebab baru berlaku semalam. Mungkin mengambil masa untuk keluar keputusan bedah siasat nanti. Tempat kejadian tak jauh dari tempat shida, nak sampai sana dalam 10minit saja. Shida harap keluarga makcik Nonri bersabar dan tabah menghadapi setiap ujian dari Allah swt. Mungkin ada hikmah yang berlaku disebalik kejadian ini.
Jiran mangsa, Abd Halim Abd Majid, 45, yang tinggal kira-kira 50 meter dari rumah mangsa berkata, anaknya Afnan, 16, rakan karib mangsa terdengar jeritan dari arah rumah mangsa, sekitar jam 3.30 petang tetapi tidak menghiraukannya kerana menyangka keluarga jirannya hanya bergaduh sesama ahli keluarga“Tidak lama kemudian, ada saksi memaklumkan melihat seorang lelaki keluar dari rumah mangsa dan meredah kawasan semak di belakang rumah sebelum menyeberang Sungai Limau berdekatan rumah mangsa.
“Bagaimanapun, kami tidak menghiraukan kejadian itu sehingga dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa dalam bilik air Nonri, jam 4.30 petang,” katanya.
PERINGATAN kepada semua JIRAN jika ternampak kejadian seperti ini sila jangan ambil mudah. Segera lapor kepada pihak yang bertugas untuk kampung atau taman, atau terus menghubungi polis untuk tindakan segera. Walaupun benda ini tidak sahih atau berasa bersahaja sekurang-kurangnya kita mencegah dari hilangnya 1 nyawa yang berharga. Sedih atas apa yang berlaku kepada keluarga makcik Nonri. Moga kejadian ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada semua. Walaupun kita tak tahu apa yang terjadi sebenarnya disebalik kejadian. Baca artikel penuh disini > beritaharianOnline