Akhlak-akhlak terpuji Baginda Rasullah s.a.w | Salam Maulidur Rasul 1434H 2013

by - 15:02:00

   Assalammualaikum, peace upon you.

Sempena Maulidur Rasul ni, shida mengambil kesempatan nak berkongsi sedikit akhlak-akhlak terpuji Rasullah s.a.w yang patut kita contohi dan teladani sepanjang kehidupan kita. Semoga kita belajar sesuatu dari akhlak-akhlak terpuji baginda Rasullah s.a.w dan sentiasa bselawat dan mengamal sunah Rasullah s.a.w.  Salam Maulidur Rasul buat semua :)

- Pemaaf dan tidak mengendahkan sikap buruk orang lain.  (Sangat sabar dengan karenah orang lain  )
-Adil, suka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran .
-Sangat penyabar dalam perjuangan . (Walau diduga beliau tetap bertahan dengan begitu sabar)
-Menolak kejahatan dengan baik . ( Rasulullah amat menjaga hati orang lain dengan menolak setiap perkara buruk dengan baik supaya orang yang berbuat salah itu tidak berkecil hati dengannya )
-Sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH s.w.t
-Mampu menahan kemarahan .
-Menunaikan hak sesama muslim.  (hadis hak sesama muslim )
-Melahirkan kasih sayang melalui ucapan salam.
-Menghadiri undangan .
-Suka memberi nasihat dan menjawab kemusykilan.
-Mendoakan orang yang bersin.
-Menziarahi orang sakit, mengurus jenazah , menolong orang teraniya
-Mencintai sesama muslim seperti diri sendiri
-Berbuat baik kepada jiran
-Sentiasa bersedekah pelbagai perkara
-Membantu meringankan beban orang lain
-Menutup aib orang
-Merintis dan menunjuk jalan kebaikan .
-Memberi kepada orang yang meminta atau mendoakannya
-Meninggalkan perkara sia-sia
-Mencari keredaan dan menghormati ibubapa
-Menyambung siraturrahim dengan keluarga
-Sentiasa diam dalam hal-hal yang tiada kaitan dengan dirinya sendiri
-Sentiasa muhasabah diri
-Bersifat malu
-Menjaga kehormatan atau tidak mengumpat orang lain
-jujur dan ikhlas dalam beramal
- bersifat tawaduk
-tidak bersifat riak
-tidak menduduki tempat orang lain tanpa izinnya
-tidak bebrisik antara teman ketika bertiga
-berhemah dalam perbelanjaan dan penggunaan harta
-memikirkan dan mengutamakan orang lain
-tidak memulau sesama muslim
-tidak meniru atau menyerupai cara hidup bukan islam
-tidak berdengki
-mampu menguasai dan menahan perasaan marah
-tabah dan tetap pendirian
-berani
-dermawan dan pemurah
-tidak buruk sangka
-tidak mencaci maki sesama muslim
-tidak berdebat dan berbantahan
-Lemah lembut
-menyayangi anak yatim
- Walaupun beliau terpelihara dari dosa : maksudnya walaupun beliau mulia di sisi ALLAH, beliau tetap merendah diri dan memohon dijauhi dari akhlak yang buruk.
-bertanggungjawab terhadap pembantu rumah
-menyayangi binatang





You May Also Like

20 comments

  1. sangat-sangat mulia akhlak kekasih kita ni....

    ReplyDelete
  2. kita wajib contohi akhlak Bagindakan..

    ReplyDelete
  3. banyak yang kita boleh contohi dari sikap Rasullullah ni..

    ReplyDelete
  4. sama2 kita contohi akhlak2 terpuji rasullah s.a.w :)

    ReplyDelete
  5. Salam Maulidur Rasul Kak shida.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam Maulidur Rasul Kak Shida :)

    ReplyDelete
  7. akhlak Rasulullah yang patut dicontohi..sentiasa selawat ke ats nabi junjungan

    ReplyDelete
  8. Sungguh terpuji sifat baginda..moga kita dapat contohi sifat² baginda..

    ReplyDelete
  9. salam maulidul rasul dari remy utk shida sekeluarga....

    ReplyDelete
  10. memang terpuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW kita.. marilah kita berselawat kepada Baginda.. moga kita dapat contohi akhlak baginda...

    ReplyDelete
  11. salam maulidul rasul shida...sama2 kita contohi sifat-sifat mulia Rasulallah

    ReplyDelete
  12. salam maulidur rasul...sama2 kita contohi rasulullah

    ReplyDelete
  13. Salam Maulidur Rasul 1434H 2013 Kak Shida :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.