Permohonan Exabytes telah lulus, Alhamdulillah

by - 02:01:00

 Assalammualaikum, peace upon you.

Cepat juga proses permohonan Exabytes ni, shida cuma buat sekali saja permohonan terus diluluskan. Alhamdulillah mereka tak tolak. Shida email kepada mereka beri apa yang mereka nak dan terus hantar. Tak sampai 24jam pun mereka reply email dan nyatakan mereka terima dan beri shida invoice untuk isi maklumat dan send kepada mereka semula. Tak lama tu mereka beri shida pilihan banner yang berbeza harga, jadi shida semestinya tak nak semak blog dengan banner diluar blog, terus shida pilih untuk diletakkan pada ruangan sidebar yang berharga RM50 / 3bulan. Jika kawan-kawan nak apply juga boleh klik banner pada sidebar shida. Antara syarat-syarat yang dikenakan pun simple. Cuma perlu nyatakan daily traffic dan print screen traffic korang dua bulan yang lepas dan emailkan juga. Selepas mereka membuat penilaian mereka akan inform jika lulus terus isi form macam shida serta pilihan banner korang. Selepas tu baru dia bagi kod banner dekat korang. Simple kan biasa traffic yang dia perlu dalam UV 350 keatas sahaja. 

Ok Exabytes ni sama macam nuffnang cuma dia bayar kita dengan harga yang ditawarkan kepada kita, macam shida pilih banner di sidebar RM50 / 3bulan, kira macam dia beriklan dalam blog kita lepas tu dia bayar, cuma trafik kita kena maintain lah, so selepas 3bulan iklan dibuat dalam blog kita mereka akan hantar cheque ke rumah. Kalau nuffnang dia ikut per-click atau melalui iklan kekal (CPUV) yang kita dapat dan boleh cashout bila-bila masa. Exabytes cukup 3 bulan dia hantar cheque dengan harga yang dia beri pada kita, kiranya untuk banner sidebar shida ni RM50 3bulan. So far korang faham tak?

info dari orang yang pernah guna exabytes : cheque dapat sebulan selepas apply cuma banner dalam blog aktif 3 bulan, terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi info ni :)




You May Also Like

30 comments

  1. wah!!! tahniah kak shida! masyukk la kaksuda lepas ni.. heee... oh ya, mcm mana nak mohon ya? terima kasih akak :)

    ReplyDelete
  2. wowwwww... congratsssss shida..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..Murah rezeki shida.. :)

    ReplyDelete
  4. waa.. tahniah shida,,hehe (^___^)

    ReplyDelete
  5. untuk apa ni shida?
    promote blog kita ke?

    ReplyDelete
  6. kak fieda applu utk kali ke4 dh tak dpt dh shida sbb dia nk perclik la pulok..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. tahniah shida... :)

    tp akak nak gtau, cek dia hantar lbh kurang sbulan dah dapat.. kiranya bkn slps 3 bulan la... tp xtau la plak kot dia buat sistem baru... sbb akak sblm ni, 3x apply exab, 3x akak dpt cek lps sbulan :)

    ReplyDelete
  8. Wah! Kak Shida dah join Exabytes pulak sekarang. Alhamdulillah, rezeki blogging. Dapat jugak side income kan? :D

    ReplyDelete
  9. Waa...tahniah kak shida. Murah sungguh rezeki kak shida.

    ReplyDelete
  10. ari tu tak dpt trus putus asa,, haha

    ReplyDelete
  11. jijah pon pernah apply.. cek dapat lepas sebulan takde la tunggu lepas 3bulan iklan habis..cuma iklan jer tetap kena pasang 3bulan..

    tahniah shida!

    ReplyDelete
  12. Nak pasang jugak laa.. hehe. camne ek?

    ReplyDelete
  13. Salam.

    Shida..sesuatu yang baru buat lana.

    Teringin nak pasang iklan selain nuffng..tpi mengenangkn trafik n tahap keaktifan tu..hehehe.

    ReplyDelete
  14. tahniah shida masyukkk heheee :D

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum shida....mcm menarik jer bunyi nyer...:)

    ReplyDelete
  16. RM50...sape nak bagi kan...free2 je...hee :D

    ReplyDelete
  17. macam best. nak try lah nanti. mana tau kot ada rezeki kan :)

    ReplyDelete
  18. wahhh, nanti aina boleh laa try yeaa :)

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah rezeki...Tahniah Shida..

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah rezeki shida bertambah2

    ReplyDelete
  21. ok dh paham shida. tp xterfikir lg nk letak or x sbb byk sgt iklan dlm blog sy ni dh.haha

    ReplyDelete
  22. congratz, shida.. smoga murah rezki slalu ^^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.