Cara shida spend masa untuk berblog

by - 14:45:00

Assalammualaikum, peace upon you.

Shida tertarik dengan soalan yang Blogger Yui ajukan kepada shida dan shida rasa nak ulas dengan lebih detail dan terperinci bagi kita sama-sama berkongsi. Terima kasih juga kepada Yui sebab sudi join ruangan soal jawab bersama shida ni. Actually idea bernas ruangan soal jawab ni shida copy dari Yui seperti semua sedia maklum yang shida pernah cakap pada entri sebelum ini iaitu entri pertama soal jawab bersama shida dan telah shida creditkan kepada Yui, thanks yui.

Berbalik pada topik asal, cara shida spend masa untuk berblog. Masa yang shida ada memang terhad untuk berblog disebabkan shida bukanlah fully blogger shida cuma partime blogger kerana shida seorang yang bekerja. Kerja pula tak macam kerja dengan kerajaan banyak masa terluang. Shida bekerja dibadan swasta bahagian pendidikan. Jadi kerja memang banyak majikan pula cina so faham-fahamlah bagi siapa yang pernah bermajikan kan orang cina. Kerja shida ada pagi petang dan petang malam, ada cuti seminggu sekali dan ada halfday juga.


Biasanya kalau shida kerja petang malam, masa shida luang berblog awal pagi dan tengah malam. Jika shida kerja pagi petang masa berblog cuma waktu malam sahaja. Boleh dikatakan masa shida untuk enjoy diluar shida terhadkan dan lebihkan kepada berblog. Kira shida 3 tahun bersosial dengan internet bukan diluar rumah. Memang shida tumpu habis masa dengan berblog jika shida ada masa. Kena pandai-pandai lah bahagikan masa walau sesukar mana. Kebanyakan entri shida auto publish sebabnya bila shida buat auto publish masa yang ada shida blogwalking atau ping entri sana sini itu cara terbaik shida rasa tapi lain orang lain caranya kan.


Kalau time cuti atau public holiday itu paling shida suka sekali, memang banyak masa shida dengan blog kesayangan ni. Yes! family juga perlu diutamakan tapi macam shida sendiri duduk memang dengan family jadi tak hairan sangatlah kalau shida duduk berjam depan lappy ni shida masih boleh berbual-bual dengan family. Ada masa juga shida keluar berjalan-jalan dengan family. Kita sebenarnya yang kena pandai bahagikan masa kita sendiri.


Sehari wajib dalam dua atau tiga entri tapi jika shida betul-betul tak dan nak buat entri mungkin sehari satu entri. Misi tahun ni kira berjaya sebab memang nak buat sehari dalam 2 atau lebih entri dalam sehari alhamdulillah shida mampu buat. Kita kalau nak blog kita menjadi satu tahap yang membanggakan kita kena banyak lah berkorban sikit bukan sahaja dari segi masa, mental fizikal dan tenaga. Anggap blog korang tu satu harta yang bernilai seperti shida anggap blog ni sebagai harta pertama shida. Kalau terkurang sikit shida mula dah risau macam hilang apa je kan.


Sebelum entri ni menjadi lebih panjang dan korang mula rasa malas nak baca kan shida akhiri dulu dengan jutaan terima kasih kepada korang yang sudi selalu singgah blog shida sehingga blog ini menjadi seperti sekarang. Terima kasih sangat-sangat :) sayang korang semua :)




You May Also Like

44 comments

  1. kak MV pun kalau xda masa mmg tak terupdate lansung

    ReplyDelete
  2. kena pndai cri masa kan shidah:).. sy ne pagi2 jgn harap nak hapdate or bw.. satu hari 2-3 jam dapt online.. malam bru free cikit..

    ReplyDelete
  3. zuan sofar takde kekangan blogging ni.. dlm office pun masih boleh bw... tapi just around my bloglist je la sekarang.. :)

    dulu xde hal..hehe

    ReplyDelete
  4. setuju dengan shida... saya pun buat autopublish...dan sekiranya ada masa terluang sedikit...saya blogwalking... jenguk kawan2...

    ReplyDelete
  5. sokong, hehe .. samalah jugak untuk blogger yang berstatuskan pelajar sekolah ni, heheh

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum shida...memang betul tu kena pandai2 bahagikan masa yg kita ada kan baru boleh berjaya...:)

    ReplyDelete
  7. eca klu jaga baby adamhaziq,xde masa sgt nak berblog.

    ReplyDelete
  8. nory plak selalu belek blog time kat opis...kat rumah ikut mood, sebab malu dengan Abi, takut die curi2 baca...heheheheh....

    ReplyDelete
  9. onie kat office ,ni pun curi2 berblog,hikkkk...kalau betul2 blogwalking waktu malam ,hehe..yang penting family jangan lupa lepas dah ngadap laptop,selesaikan apa yg patut dulu...

    ReplyDelete
  10. Saya kalau ada idea terus update tapi tak terus publish pun.. hee ;D Update selalu waktu petang je ^_^

    ReplyDelete
  11. slalu tak cukup masa nk update blog :(
    tu yg slalu bersawang bagai hihi

    ReplyDelete
  12. bijak bahagi masa mmg xdinafikan...
    nur pun sehari satu entry dah memadai...

    dulu lagilah xde masa langsung..huhuhu...

    apapun tjanks for shring ya .. :)

    ReplyDelete
  13. ohhh... deno pula tak tentu.. hihi... tp biasanya malam baru bleh update byk2, ptg deno main ngan anak buah.. hehe

    ReplyDelete
  14. zaza 24jam kt rumah...xkeje...hari2 online tp blog jarang update..hehe

    ReplyDelete
  15. mmg kene pandai2 curi mase utk bkk blog,updet entri,blogwalking..sebagai surirumah..walaupun 24jm duk rumah..masih terikat dgn keje2 rumah dgn anak2..

    ReplyDelete
  16. pembahagian masa tu penting sgt kalo x x berupdate la x BW la hehe

    ReplyDelete
  17. cayalah shida. pandai bahagikan masa yang ada.

    ReplyDelete
  18. terbaek lah akak shida..sye plak sekarang ni misi setiap hari kalau boleh mesti kena buat 1entry, nnt try buat lebih pulak kan...in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  19. Huuu. Nina payah nk ada idea utk berbelog :(

    ReplyDelete
  20. bestlah shida..tabik!pandai bahagikan masa..

    kalau jijah penat2 mmg tak terlayan la blog.. entry pon tak tertaip..

    ReplyDelete
  21. dlm bab ni, kne pandai bahagi masa kan :-)

    ReplyDelete
  22. ermm...k.yna tetap x cukup masa lg..aduhai....tahniah utk shida..semoga makin maju dear...

    ReplyDelete
  23. semuanya bergantung pada diri masing-2 :)

    ReplyDelete
  24. Kena pandai bahagikan masa.keep it up Shida..^^

    ReplyDelete
  25. Kena pandai manage masa kan kak.

    ReplyDelete
  26. terjawab sudah soalan utk pertanyaan yui... :)

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum kak shida.. pandai bahagiakan masa :)

    ReplyDelete
  28. student pun macam tak sempat ja nak buat semua tu, cuti sem terbaik, habis masa dgn blog jerr..hhihi

    ReplyDelete
  29. kena pandai bahgikan masa..... remy yg berkerjaya nie...susah sikit...selalu terabai blog.....

    ReplyDelete
  30. mcm ni rupernyer shida buat..bagus tu..nad pun ank watla..tapi line la yang bermaslh

    ReplyDelete
  31. wahh, mmg pandai bahagi masa shida ni ^^

    ReplyDelete
  32. ohh..yg ni Nur baca dah...
    mcm mana boleh lupa ni..hihih...

    Roger shida.. :)

    ReplyDelete
  33. terbaiklah shida...akak jarang auto publish hihihi

    ReplyDelete
  34. kena pandai bahagikan masa ;)

    ReplyDelete
  35. yang penting pandai bahagi masa...thanks for sharing shida...^_^

    ReplyDelete
  36. Tau entry ni dah lama tapi LH nak komen juga sebab tips yang sangat berguna sepanjang masa

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.