Blogger Cantik senang 'up' kerana paras rupa nak dibandingkan dengan pengisian blog

by - 00:00:00

  Assalammualaikum, peace upon you.

Shida terpanggil untuk mengulas tentang isu yang diajukan oleh blogger Aku Penghibur. Tak dinafikan sekarang dah banyak blogger-blogger baru yang tumbuh bagaikan cendawan yang subur bak kata blogger zaki, blogger-blogger dalam malaysia ni pun ada pelbagai jenis, pelbagai caracter, terutamanya blogger wanita. Shida tak nafikan juga blogger cantik (perempuan) memang senang up kerana paras rupa, tetapi itu cuma subjektif, terpulang juga kepada penerimaan pembaca kepada blogger cantik tersebut. Kadang-kala cantik saja tapi tak pandai nak ambil hati pembaca pun susah juga. Sebenarnya bergantung, ada juga blogger cantik tapi ada yang tak berkenan juga kan dan ada pula blogger yang tidak menonjolkan paras rupa juga boleh menarik minat pembaca dan menjadikan blog mesra pembaca. 
Blogger Cantik senang 'up' kerana paras rupa nak dibandingkan dengan pengisian blog, shida memang setuju sebab memang dah nampak depan mata dah banyak blogger-blogger baru, terutama gadis-gadis atau remaja kini yang cantik-cantik dan terus melabelkan blog mereka femes. Dah banyak shida tengok, tapi terpulang kepada pembaca itu sendirilah sebab tanpa pembaca blog juga tak ada maknanya. Selera pembaca kita dimalaysia ni pelbagai, ada yang suka baca blog kerana blogger tersebut cantik, blog cantik, ada juga kerana sukakan tutorial, freebies, doodle, isu-isu yang dikongsikan atau penceritaan setiap dalam entri. Memang banyak tunggak blog utama dilabelkan kerana CANTIK benda ni memang tak boleh dinafikan lagi. Cuma untuk terus maju dalam dunia bloging ni bukan sahaja paras rupa tapi pengisian blog yang paling utama. Kalau dapat seimbangkan kedua-duanya lagi bagus, baru betul-betul cantik! jadilah blog yang mesra pembaca. bagaimana nak tahu blog mesra pembaca? shida akan cerita sambungan dalam entri lain. terima kasih semua :)


You May Also Like

34 comments

  1. Cantik/Hensem itu pakej..bila ada blogger cantik, berblog pun bagus, berpendidikan tinggi dsb memang peluang nak famous itu lebih tinggi. Tapi macam kak shida cakap, pengisian blog lebih utama. Suka baca blog yang ownernya peramah dan menarik hati untuk dibaca.

    ReplyDelete
  2. Betul kak shida. Pengisian lebih penting, jgn nk kjar sgt pv tu.. ^____^

    ReplyDelete
  3. yg blog cpt naik tpi sbnrnya copypaste je..amacam pendapat shida..

    skrg payah nak cari blogger yg tulus dlm penulisan... :)

    ReplyDelete
  4. betul shida betul.. contoh mcm apit.. apit hensem..kacak bergaya mutu keunggulan..memang cepat naik.. ahahaha. saja lawak.

    ReplyDelete
  5. btul tu shida..m3h setuju..
    cantik/hensem tu mmg pakej terbaiklah utk blogger tersebut..tp pengisian lbh penting..terpulang pada pembaca untuk menilainya..

    ReplyDelete
  6. Kalau rupa cantik, ditambah dengan pengisian yang cantik.. tentu lebih 'up' :)

    ReplyDelete
  7. KAK BUI PALING SUKA BLOGGER CANTIK FATIN LIYANA..DHLAH CANTIK,ENTRY DIA PUN SEMUA BEST..KALAU BACA MMG TERSENYUM2 SORANG DIBUATNYA

    TP MMG ADA JUGAK SESETENGAH BLOGGER NI CANTIK TP BLOG X SEBERAPA NAMUN RAMAI PEMINAT

    LUMRAH MANUSIA,SIAPA X SUKA YG CANTIKKAN..KITA PUN SAMA..

    HEHEHE,TERPANJANG PULAK KOMEN KALI NI..:p

    ReplyDelete
  8. btl juga tu apa yg Shida kata..tp cantik mmg satu bonus.. :)

    ReplyDelete
  9. hehehe , betul tuh , kire kalaw paras rupa memg gempak seorang blogger tuh dah dapat bonus dah , hehehe ~

    bagi pendapat CP la ..

    sebab CP tgk memg macam tuh fenomena skg , apa yang dye citer kadang2 takde la mencabar minda pown , pasal personal je tapi up gler...

    btw , sesuatu tuh takkan datang bergolek , cantek tak cantek pown , dowg still usaha untuk naek tuh , bukan goyang kaki jugak ...

    ReplyDelete
  10. bagi pendapat peribadi saya, saya lagi sukakan penulisan seseorang berbanding cantik o tak si penulis..klu sekadar cantik tapi penulisan cam hampeh, bosan juga nak jengah..cantik mmg 1 bonus, saya setuju dengan pendapat diana azis..;-)

    ReplyDelete
  11. dah cantik. tulis apa pun jadi cantik. hahaha. masing-masing ada kelebihan.. :)

    ReplyDelete
  12. dah cantik. tulis apa pun jadi cantik. hahaha. masing-masing ada kelebihan.. :)

    ReplyDelete
  13. itu satu bonus kan kak...tak sabar nak tahu sambungannye

    ReplyDelete
  14. betul2... setuju dgn kak shida.cantik/ensem mmg menraik ramai peminat tapi pengisian lebih penting! :)

    ReplyDelete
  15. Memang betul pun. Blogger cantik lebih senang naik namanya lagi-lagi yg suka share gambar. Orang masuk blog dia sebab nak tengok gambar. Tapi ada jugak blogger2 lawa dan entri dia pun memang "lawa" so no wonder lah boleh cepat up

    ReplyDelete
  16. ye laa kan.. kalo tgk blogger yg femes amos tu sume nya cantik2 kan... best betul! tp jaa setuju ngn shida. pengisian blog pun kena cantik gak kan, baru seimbang...

    ReplyDelete
  17. Setuju. Blogger cantik senang nak up. Ramai gak laa y nina perasan sal blog2 mereka... hehehe. Nanti update cpt2 erk mcm mn mesra pembaca.
    Btw. Jemput join GA nina yea. Tq sis. ;)

    ReplyDelete
  18. Kalau cantik tu bonus la. Mungkin antara tarikan org nk drg rumah kita kan. Tp kalau biasa2 tp penulisan blo extraordinary tu sgt lah hebat.. Dia berjaya naik kerana gaya penulisan yg baik.

    ~sy xcantik. Maaf. Hanya biasa2 je :)

    ReplyDelete
  19. cntik memg satu bonus, macam fatin liyan beliau cntik da berpendidikan, semua org nak jd mcm beliau, tp yg pnting be yourself. dan sntiasa tingkatan kan mutu blog

    ReplyDelete
  20. mmg xboleh disangkal lg..cantik tu satu bonus :)

    ReplyDelete
  21. betul tu........comel tu lmbg utama

    ReplyDelete
  22. setuju dengan pendapat kat shida tu, memang dah lama perasan blogger perempuan bonusnya kalau nak cepat up adalah melalui paras rupa... biasalah manusia kan menilai dari luaran.

    ReplyDelete
  23. Yupp setuju dengan entry kak shida ni . Hahaa komen apit tak boleh blaa~ ekeke

    ReplyDelete
  24. biase la cantik kannn..org pon suke.

    ReplyDelete
  25. itu antara kelbihan..tp tak bermkan tak cntik atau handsome takde hebatnya =)

    ReplyDelete
  26. Betul tu kak. ;D hee
    Cantik tu satu bonus ^_^

    ReplyDelete
  27. fina cantik. tak femes pon :( *okay. statement mintak pelempang. -_-* hahaha. gurau je. hehehe. hmm. pengisian lebih penting. kalau cantik, bonus laa. :)

    ReplyDelete
  28. cantik tu subjektif..bila dia jadi blogger secara tak langsung dia ada pakej untuk menarik pembaca datang ke blog dia dgn entry/ gambar2 dia yg cantik :) itu satu bonus buat dia.

    ReplyDelete
  29. tak kisah cantik or tak,yang paling penting entry dia best utk dibaca.. hihihi

    ReplyDelete
  30. cantik tu kira bonus laa.. klau pengisian elok, semua akan berlangsung elok kn ^^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.