Selesai sudah Majlis Kesyukuran dan Bertunang

by - 12:37:00

Assalammualaikum, peace upon you.

 
Ini mini pelamin untuk bertunang kelmarin :) mini ke? dah macam pelamin kenduri kahwin kan hehee. Nak buat macam mana pelamin sponser terima je lah idea yang diberi kan :) sebenarnya Ahad 23.3.2014 yang lepas rumah shida ada kenduri untuk Majlis Kesyukuran (sebelah pagi) dan Majlis Bertunang (selepas zohor). Tahun lepas kan macam-macam berlaku dalam rumah ni (bagi yang ikut perkembangan masa mak sakit tu) so kami adik beradik dan saudara terdekat berbincang untuk adakan Majlis Kesyukuran (doa selamat) untuk shida sekeluarga dan saudara-saudara lain yang terdekat buat dirumah shida ni. Petang tu baru Majlis Bertunang KAKAK shida. Dekat facebook semua ingat shida yang bertunang, bagi yang dah tahu tu memang tahu lah kan hehee :)

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar agak ramai juga yang datang semasa Majlis Bertunang termasuk majikan shida :) nak dekat 200 orang juga yang datang memeriahkan majlis ni. Kenapa ramai sangat eh? KAKAK shida ni seorang GURU jadi kebanyakan yang datang kawan-kawan dari sekolah dia, kawan-kawan baik dia, kawan-kawan mak ayah (yang rapat), saudara-mara + kawan shida dan adik-adik yang lain itu yang menyebabkan agak ramai yang datang masa tu :) sampai 2 Khemah bergilir-gilir la makan hehee Sampai sekarang lenguh-lenguh kepenatan belum hilang hehee. Beransur kemas-kemas balik rumah. Pelamin pun belum cabut lagi sehingga ke hari ni. Sibuk kawan kakak yang buat pelamin ni banyak job katakan hehee. Untung orang yang buat biznes wedding planner ni, serius minat pula shida dengan kerja macam ni, design-design pelamin berseni juga kan. 

Now semua majlis telah pun selesai, kenduri nanti pada awal bulan June time cuti sekolah 2 minggu tu. Inshaa Allah bagi kawan-kawan blogger yang dekat duduk sekitar Perak boleh lah shida jemput datang kenduri nanti :) dalam masa yang sama juga kawan-kawan shida ramai pula buat kenduri hari AHAD tu termasuk blogger Cik Nur™ (kenduri adik Cik Nur) memang tak boleh nak pergi tapi dan sms siap-siap wish kat dorang, fahamlah kan kenduri kat rumah macam mana nak tinggal lagi-lagi kita tuan rumah. Hari ni shida cuti berblog puas-puas sebab 3 hari tak update kan hehee :3


You May Also Like

17 comments

  1. tahniah sis shida..ehh samala mjlis kita pun bln jun nie juga..

    ReplyDelete
  2. ingat shida yang bertunang tadi. baru nak wish.. hii
    tahniah to kakak shida ye =)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum shida. alhamdullilah. semuanya dah selamat. semoga dipermudahkan urusan bina masjid akak awak tu... singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  4. Cantikkkkkkkk ;)

    ReplyDelete
  5. selamat bertunang buat kakak shida..

    ReplyDelete
  6. baru nak cakap tadi, ingatkan shida yang bertunang... hu hu hu... tak apa ambik berkat dulu...

    ReplyDelete
  7. eishh buat suspen je kak shida ni hikhik xD

    ReplyDelete
  8. Cantik haaa... ingatkan shida yg tunang td.. tp kalau shida msti mini pelamin warna biru kan

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, alhamdulillah syukurlah semua selamat majlis kenduri...

    kakak shida selamat bertunang, shida bila lagi..hehehehe..soalang cepu emas :P

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat kaka kak shida :)

    ReplyDelete
  11. eca mati2 ingt shida yg bertunang tau......hahaha!!!

    Tahniah buat kakak shida tu :)

    ReplyDelete
  12. Selesai sudah majlis....alhamdulillah slmt semua..moga dipermudahkn urusan kakak nnt ye :)

    ReplyDelete
  13. Insha Allah.. Tak lama lagi shida pula.. Tahniah buat kakak shida..

    ReplyDelete
  14. pelamin dah macam pelamin kawen dah ni shida..congrats untuk akak shida ye

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.