MY LEYNA JOURNEY | BANTAL LEYNA PILIHAN NO.1 MALAYSIA

by - 21:47:00

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera
MY LEYNA JOURNEY | BANTAL LEYNA PILIHAN NO.1 MALAYSIA | Haaa ini yang shida lagi semangat nak blogging semula salah satu sebabnya shida dah ada biznes baru tengah run! Ya! Ya! shida adalah penjual yang sah (AGENT) Bantal Leyna dari Flenaz Collections. Bantal leyna ni tengah viral sekarang ni! Ramai sangat pelanggan feedback dan beri testimoni yang terbaik setelah menggunakan Bantal Leyna ni. Pada mulanya shida boleh terjebak sama sebab kes nak cari bantal untuk sendiri pakai. Mana tahu rezeki Allah dah atur cantik shida tertarik dengan konsep Bantal Leyna ni sendiri, terus shida nak buat jual. Masa mula-mula tu shida jadi droship dulu sebab nak test market dan kepakaran dalam menjual bantal ni. Masa mula-mula berminat nak jadi dropship shida telah dibantu oleh serang Leader Puan Noraina Mat Jali lebih mesra dipanggil Aina. Leader shida ni banyak membantu dalam penjualan bantal leyna ni. Alhamdulillah allah dah atur sesuatu lagi untuk shida. Dalam misi penjualan bantal ni juga husben la paling banyak membantu dari segi masa dan wang ringit, almaklumlah shida buat masa sekarang ni suri rumah sepenuh masa Inshaa Allah shida juga dalam mencari pekerjaan yang sesuai dekat kawasan berdekatan dengan tempat tinggal. Husben juga yang banyak bantu shida drive pergi cod ke sana ke mari. Tak jemu dia bantu shida, rasa sangat-sangat beruntung dapat husben yang sokong 100% apa yang wifey dia suka buat ^_^

I LOVE U HUSBEN 💋

Dalam tempoh yang singkat semasa jadi dropship shida cuba buat promosi menggunakan medium yang ada, facebook dan instagram. Alhamdulillah hasil titik peluh dan sekadar nak cuba-cuba nasib dapat terjual 10 biji bantal dalam seminggu shida join Biznes Bantal Leyna ni. Lepas dah puas menjual dan percaya memang senang jual bantal leyna ni terus shida upgrade menjadi Agent berdaftar bersama Flenaz Collections. Selepas tu bermulalah perjalanan shida bersama Bantal Leyna sangat-sangat indah. Order 20 biji habis dan sebegitulah seterusnya. Shida masih baru dan newbie dengan Leyna tapi agak membanggakan cuma kena pertingkatankan sales dan mantapkan lagi. Shida dengan bantal leyna baru nak masuk 2 bulan korang!! percaya tak?? setakat ni sebarang award atau pencapaian yang membanggakan tak ada lagi, team sendiri pun tak ada lagi (soon Inshaa Allah doakan ye) sebab masih baru tapi ya!! shida ada misi dan target dalam biznes bantal leyna ni, nak buktikan biznes bantal leyna ni bukan "biashe biashe". Semoga apa yang diceburi ini akan mendapat keberkatan dalam mencari pendapatan sampingan dan shida akan teruskan perjuangan dalam biznes bantal leyna ini "Bantal Leyna Pilihan No.1 Malaysia, Inshaa Allah. 

Sekian, terima kasih. Dah tamat 😉

You May Also Like

0 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.