Damia - Pasrah | Lirik Lagu dan Video

by - 11:00:00

Tahniah Damia #4 ON TRENDING di Youtube! Akhirnya Damia keluar juga single terbaru beliau setelah sekian lama road tour bersama Ayah Harry Khalifah. Damia ni student shida tahun 2017/2018, masa ni pun dia aktif sangat menyanyi sampai tuisyen pun kerap sangat ponteng. Masa damia nak ambil UPSR shida nasihat dia fokus dulu exam lepas tu nak menyanyi silakan. Budak kalau dah minat dengan sesuatu tu kan bersungguh-sungguh dia buat. Pernah dia beritahu shida nanti Ayah Harry nak buat album untuk damia, Alhamdulillah termakbul juga. 
 
Sekarang dah masuk sekolah menengah semakin rancak damia dalam bidang nyanyian. Damia memang berbakat korang! merata-rata dia masuk pertandingan semua juara. Now impian dia dah tercapai, Tahniah Damia! Kak shida doakan Damia berjaya dalam apa jua bidang yang Damia ceburi. Minggu lepas baru je jumpa Damia, tak lokek dengan senyum dia 😊 Jom korang dengar single terbaru Damia - Pasrah.

 

Damia - Pasrah | Lirik Lagu dan Video

Berapa lama harusku menderita
Sedangkan engkau disirami bahagia
Sukarnya untukmu setia padaku

Mudahnya engkau melupakan semua
Semua janji waktu kita bersama
Tibalah masanya aku mengalah

Puisi indah kini tinggal kenangan
Ikatan cinta yang penuh kedukaan
Sayunya hatiku melepaskanmu

Berat bagiku untuk melupakanmu
Apakan daya takkanku nak merayu
Inilah masanya ku nokhtahkan nya

Aku berserah
Jika ditakdir untuk tidak bersama
Kerana ku mahu dirimu bahagia
Bersama dirinya

Dan aku pasrah
Jika diriku untuk tidak bahagia
Pergilah kau sayangku
Pergilah kau kasihku bersamanya
 
 Lagu : Harry Khalifah
Lirik :  Afiq Hamid
Arrangement : Harry Khalifah
Producer : Harry Khalifah Padu Record
Publisher : MVM Production Sdn Bhd



You May Also Like

21 comments

  1. Wah student sis ke. Tak pernah dengar lagi lagunya tapi nampak juga lalu lalang dekat youtube. nanti boleh dengar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dgr lah ika, kalau betul2 fhm lirik dia..sedih :(

      Delete
  2. Layan jugak lagu ni. Eza dah dengar sampai habis. Semoga adik Damia terus berjaya dalam apa-apa bidang yang diceburi.

    ReplyDelete
  3. First time dengar lagu ni 😁

    ReplyDelete
  4. wahhh anak didik sis rupanya,apa pon banyak jasa tak terhingga.Lirik lagu Damia pulak,sekali kita dengar dan hayati..terasa sedih dan sebak pulak..

    ReplyDelete
  5. tak kira apa jua minat yang diceburi... sekolah tetap kena habiskan ye dik.

    ReplyDelete
  6. Keren lagunya Damia ini, kak.
    Semoga juga jadi top hits di Indonesia, seperti penyanyi senior Siti Nurhaliza 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Himawan emang lagu damia ini sudah ada youtuber yg dgr dan ulas tentang lagu ini :)

      Delete
  7. wah kira muda jugalah ni .
    tahniah dpt juga lakukan minatnya

    ReplyDelete
  8. Oh lagu ni.. sebelum ni ada kat Apak Channel (youtube) cari penulis lirik untuk lagu Damia ni..

    ReplyDelete
  9. nice!!!! 14 years old but wow !! berbakat ! student kak shida plak tu

    ReplyDelete
  10. Lagu ni, sedihhh.. sedihhh sangat... sy suka jugak lagu ni.. huhu...

    ReplyDelete
  11. Penyanyi baru ye. Tak pernah dengar lagi lagu ni.

    ReplyDelete
  12. nda mau layan lagu sedih2.. nanti sy sedih sekali huuhuhu

    ReplyDelete
  13. Sedap lagu ni..tp kalau hayati lirik amat sedih huhu kan kak :(

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.