Tahniah Damia #4 ON TRENDING di Youtube! Akhirnya Damia keluar juga single terbaru beliau setelah sekian lama road tour bersama Ayah Harry Khalifah. Damia ni student shida tahun 2017/2018, masa ni pun dia aktif sangat menyanyi sampai tuisyen pun kerap sangat ponteng. Masa damia nak ambil UPSR shida nasihat dia fokus dulu exam lepas tu nak menyanyi silakan. Budak kalau dah minat dengan sesuatu tu kan bersungguh-sungguh dia buat. Pernah dia beritahu shida nanti Ayah Harry nak buat album untuk damia, Alhamdulillah termakbul juga.
Sekarang dah masuk sekolah menengah semakin rancak damia dalam bidang nyanyian. Damia memang berbakat korang! merata-rata dia masuk pertandingan semua juara. Now impian dia dah tercapai, Tahniah Damia! Kak shida doakan Damia berjaya dalam apa jua bidang yang Damia ceburi. Minggu lepas baru je jumpa Damia, tak lokek dengan senyum dia 😊 Jom korang dengar single terbaru Damia - Pasrah.
Damia - Pasrah | Lirik Lagu dan Video
Berapa lama harusku menderita
Sedangkan engkau disirami bahagia
Sukarnya untukmu setia padaku
Mudahnya engkau melupakan semua
Semua janji waktu kita bersama
Tibalah masanya aku mengalah
Puisi indah kini tinggal kenangan
Ikatan cinta yang penuh kedukaan
Sayunya hatiku melepaskanmu
Berat bagiku untuk melupakanmu
Apakan daya takkanku nak merayu
Inilah masanya ku nokhtahkan nya
Aku berserah
Jika ditakdir untuk tidak bersama
Kerana ku mahu dirimu bahagia
Bersama dirinya
Dan aku pasrah
Jika diriku untuk tidak bahagia
Pergilah kau sayangku
Pergilah kau kasihku bersamanya
Apakan daya takkanku nak merayu
Inilah masanya ku nokhtahkan nya
Aku berserah
Jika ditakdir untuk tidak bersama
Kerana ku mahu dirimu bahagia
Bersama dirinya
Dan aku pasrah
Jika diriku untuk tidak bahagia
Pergilah kau sayangku
Pergilah kau kasihku bersamanya
Lagu : Harry Khalifah
Lirik : Afiq Hamid
Arrangement : Harry Khalifah
Producer : Harry Khalifah Padu Record
Publisher : MVM Production Sdn Bhd

