Dalam Pandemik, RichWorks Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula

by - 16:52:00

Dalam Pandemik, RichWorks Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula | Sudah dua tahun berlalu semenjak pandemik yang melanda seluruh negara termasuk negara kita Malaysia. Sungguh pun pandemik ini belum berakhir kita dilanda dengan pelbagai musibah yang menduga seluruh rakyat malaysia.

Mengimbau kembali, satu demi satu negeri dilanda musibah banjir di mana apabila melihat dan membaca perkhabaran ini dari pelbagai media meruntun juga hati. Sangat terkesan dihati betapa besarnya ujian yang menimpa walau diri sendiri tidak mengalaminya.

Disebabkan pendemik dan musibah ini paling terkesan adalah dalam sektor ekonomi, para perniaga dan usahawan yang terpaksa menanggung kerugian akibat banjir besar ini. Hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa mereka perlu kuat dan tabah mengharunginya.


RichWork Membantu Usahawan Melalui 13 Program Keusahawanan

Dalam semua meruntun jiwa, ada pihak yang komited membantu rakyat, usahawan serta golongan yang terkesan dan sangat memahami situasi yang melanda dalam pendamik dan disulami kisah banjir besar ini.

RichWorks International Sdn. Bhd adalah salah satu nama besar yang tidak asing lagi yang telah melahirkan generasi usahawan usahawan baru dan berjaya dalam program percumanya yang dihadiri ribuan orang.

Nama dan pengasasnya yang selalu menjadi bualan para media, Datuk Wira Dr Azizan Osman juga seorang covidfighter di mana beliau dan ahli keluarganya pernah dijangkiti penyakit penularan COVID19.

Ibu mertuanya telah pun meninggal dunia dan beliau sendiri juga hampir maut melawan covid19 sehingga diberikan alat bantuan pernafasan. Allah SWT maha kaya, beliau diberikan peluang kedua Alhamdulillah beliau semakin sihat dan sembuh, diberi peluang kedua ini tidak akan disia-siakan.

RichWorks Juga Turut Terkesan Akibat Banjir

Kehilangan ahli keluarga yang menyayat hati serta musibah banjir yang melanda, dimana beliau juga turut terkesan, Kerugian yang dialami tidak membuatkan beliau patah semangat malah mahu terus bangkit semula untuk terus berusaha dan berjuang demi usahawan diluar sana.

Perjuangan RichWorks 2021 - Datuk Wira Dr Azizan Osman bangkit bantu rakyat

Selepas keluar dari hospital dan dalam proses pemulihan,  Dr Azizan komited dalam menjalankan program percuma bagi memberi tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

Malah salah satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Pihak RichWorks Prihatin, tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.
 
Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu. 
 
RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini. Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul. 
 
 
RichWorks Academy - Syarikat Bimbingan dan Latihan Pembangunan Usahawan Paling Berjaya di Negara

Sejak bermulanya pergerakan RichWorks yang sehingga kini terus mendapat perhatian dari golongan usahawan-usahawan di negara ini. Dengan kepakaran dalam membina empayar dan melahirkan ribuan usahawan dalam program-program yang dianjurkan.
 
Zero to Million RichWorks - Jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion. 
 
Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).
 

Melalui program bimbingan Spire yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya. Tahniah!

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Mungkin masih ada yang belum mengenali rapat tentang pertubuhan syarikat terbesar ini RichWorks melahirkan ribuan usahawan dalam khususnya dari segi penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan.


Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 yang lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang diusahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru 2022 bingkisan menerusi Kisah Journey RichWoks 2021.
 
Siapa Mereka?
 
RichWorks sentiasa memberi yang terbaik dalam Menyediakan Program-program Percuma Membantu Para Usahawan Dikelolakan Oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman itu sendiri.
 
Richworks mahu terus membantu orang ramai melalui program-program percuma mereka demi untuk buka jalan dan tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.  
 
Untuk maklumat lanjut boleh terus ke website rasmi RichWorks.
 
 
Imu adalah dituntut tidak kiralah ilmu apa yang perlu dipelajari selagi tidak menyalahi undang-undang dan agama. Harapan semoga dengan perkongsian ini dapat membuka jalan dan memberi peluang kepada orang ramai tak kira perniaga kecil atau usahawan yang ingin bangkit semula!

Dengan menguasai kesemua aspek dalam perniagaan bermula merancang bisnes anda, membuka bisnes anda, mengurus dan mengembangkan bisnes anda hanya bermula dengan zero to million bersama richworks! ya itulah kepakaran mereka!

Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT. Amin.
 

You May Also Like

11 comments

  1. Usaha murni yang patut dibanggakan

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  3. syabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni

    ReplyDelete
  4. semuga ramai lagi ngo dan swasta tampil beri bantuan cepat kepada para yang susah. akhir akhir ini kritikan kepada respon dari kerajaan dalam memberi bantuan agak ketara...

    p/s: kenapa iklan yang kurang enak dilihat banyak terpapar kat sini?

    ReplyDelete
  5. saya tunggu program offline diorang nanti...

    ReplyDelete
  6. Semoga semakin banyak orang-orang baik. Insya Allah kebaikan dan pahala terus mengalir bagi mereka. Aamiin

    ReplyDelete
  7. Hye Shida.. Lama tak nampak shida disini.. semoga sihat selalu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.