'Nak Bina Perniagaan Perlu Ada Ilmu' Ujar Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman

by - 02:36:00

Dalam dunia yang penuh cabaran, jangan fikir tahun 2022 ini membina satu perniagaan adalah sesuatu yang 'mudah'. Memulakan perniagaan dari kosong sememangnya sesuatu yang sukar dan ia memerlukan sesuatu ilmu yang hebat bagi membina sesuatu perniagaan atau bisnes yang berjaya.

Anda dijemput mengikuti program khas ini "LIVE SESSION DATUK WIRA DR.AZIZAN OSMAN" disaluran telegram Azizan Osman Official. Acara berlangsung jam 8 pagi setiap hari Ahad sepanjang bulan Februari ini secara PERCUMA!

Klik pautan ini sekarang (Telegram Azizan Osman Official) dan anda akan dibawa bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr.Azizan Osman yang akan berkongsikan "Perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini. 

Saluran ini khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini. Jangan lupa ya! Sertai sekarang!

Live Session Bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman (Mentor Usahawan)

Seperti yang kita tahu 'RICHWORKS' adalah salah satu nama besar yang tidak asing lagi yang telah melahirkan generasi usahawan usahawan baru dan berjaya dalam  setiap program percumanya. Kepakaran mereka adalah penganjuran acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. 

Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara seminar live dan dalam talian.

Dengan rekod prestasi terbukti strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membina ribuan  usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh  6 ke 24 bulan, sungguh menakjubkan! Tahniah RichWorks!

Pengagihan pertama RichWell bantu usahawan bangkit menyumbang

Mengimbau kembali detik cemas yang melanda negara kita Malaysia dengan musibah banjir besar yang melanda beberapa buah negeri yang terlibat dan juga negara masih belum lagi mengakhiri fasa endemik covid19, kita diuji lagi.

RichWorks terpanggil apabila melihat kesusahan yang dialami anggota masyarakat di luar sana hingga ada yang kibarkan bendera putih bagi mendapatkan bantuan segera. Sumbangan ini diperolehi daripada usahawan-usahawan dan orang ramai yang bersama dengan nilai-nilai dibawakan kami bagi memberikan manfaat kepada orang lain.

Pengagihan sumbangan ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi menyalurkan sumbangan yang diterima untuk keluarga-keluarga yang memerlukan. Kira-kira 1 juta sumbangan yang disasarkan bagi membantu lebih kurang 10,000 buah keluarga yang terjejas.

Usahawan yang berjaya bukanlah memikirkan soal bisnes dan untung semata-mata sebaliknya dalam rezeki dan kejayaan, kita harus memberi dan menyumbang kembali kepada yang memerlukan.

Pengasas dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman satu nama yang gah dan dikenali ramai oleh ribuan pengikut dan para usahawan, jutawan yang telah berjaya dalam program yang dianjurkan dan dikendalikan oleh beliau sendiri.

Dr Azizan Osman anak kelahiran dari Kota Bharu, Kelantan ini bukan sahaja telah menjadi inspirasi dan mentor kepada ramai usahawan di Malaysia. Singapura, Brunei serta Indonesia sentiasa menjadi pusat rujukan oleh pelabagai agensi kerajaan dan organisasi di dalam bidang latihan pembangunan usahawan.

Dr Azizan Osman telah terbukti berjaya membina ramai usahawan bermula dari kosong sehingga ramai yang telah mencapai tahap jutawan dengan formula kejayaan beliau yang efektif, efisien dan terbukti berkesan.

Rakyat Malaysia dihantui kenaikan harga barang yang teruk!

Tekanan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barang yang terlampau dan menjadi masalah utama membelenggu rakyat malaysia ketika ini. Isu ini bukanlah sesuatu yang baru semenjak negara kita dilanda musibah yang teruk sejak penularan wabak corona virus ini.

Tahun ini sahaja rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kenaikan beberapa barangan keperluan hidup seperti kenaikan harga bahan basah seperti ayam dan sayuran sehingga ke bahan kering amat dirasai.


Sedikit perkongsian yang dikongsikan oleh Dr. Azizan Osman. Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang sejak pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.


saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'! Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.
 

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.
 
Sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, "tak bersyukur" jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. 
 
Pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi, inilah sedikit perkongsian yang dikongsikan oleh Datuk Wira.
 
Bagi pendapatan penulis mengenai isu perniagaan dan ekonomi ia memang amat membimbangkan. Justeru itu, kita sebagai orang yang berhak membuat pilihan haruslah memilih untuk teruskan perjuangan, kena mula bertindak segera sekira terjatuh, jangan biar kejatuhan yang terlalu lama.
 
Sebagai seorang isteri kepada peniaga (suami), saya juga sentiasa memastikan sokongan diberikan kepada suami 100% dan platform seperti ini amat berguna kepada kami dijadikan rujukan untuk terus menjadi lebih maju dan berjaya dalam bisnes.

Sebagai seorang pengguna dengan keadaan ekonomi yang sangat memberi kesan ini akan terus mencari rezeki dan terus berbisnes demi kelangsungan hidup. Walau harga barang naik, keperluan hidup tetap menjadi keutamaan. Pepatah ada mengatakan "bijaklah dalam perbelanjaan dan menguruskan wang".
 
Kesimpulannya disini, ramai usahawan yang berjaya diluar sana kerana membuat pilihan yang bijak  dengan bila bisnes mulai perlahan, mereka bergerak pantas dan mengambil langkah menggunakan semua platform yang ada dalam membantu bisnes mereka. 
 
"Jika takut-takut, anda bakal ketinggalan!" saya setuju dengan ayat tersebut yang diucapkan oleh Datuk Wira kita. Dalam dunia bisnes kita tidak perlu terlalu takut, cabaran dan risiko setiap permulaan tetap ada.
 
Tetapi jika anda berusaha dengan lebih keras dan praktik segala ilmu yang diberikan saya yakin ada kemanisan dihujungnya yang menanti. Kegagalan tidak bermakna kita gagal untuk selamanya tetapi semangat untuk terus bangkit itu adalah lawannya untuk kegagalan!
 
Jangan lupa sesi bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman Ahad ini dan juga setiap ahad berikutnya sepanjang februari 2022.  Semoga usaha RichWorks dan team untuk membantu ramai lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. Amin.
 

You May Also Like

8 comments

  1. Selepas irfan khairi, saya bermentor DAO...kemudian saya ikut macam-macam guru... ada masa saya kembali kepada guru2 yang saya rasa sesuai untuk selesaikan masalah saya sebab guru2 ada ilmu yang sama tapi pendekatan berbeza.... Done join telegram DAO

    ReplyDelete
  2. Nak berniaga memang perlu ada ilmu. Tak boleh terjah macam tu saja. dulu isteri saya ada buka kedai pakaian, namun sekejap saja tutup. Rugi . Hihi.

    ReplyDelete
  3. makin banyak ilmu makin banyak pengalaman.suka dengar die bercakap

    ReplyDelete
  4. bukan dalam bisnes je. luar bisne pun kena ada ilmu. manusia ni makanan jiwa dia adalah ilmu. tanpa ilmu laparlah (bodoh) jiwa dia

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.