Assalammualaikum, peace upon you.
Al-Fatihah buat BloggerSyuhada Baharudin | Rasa sedih belum habis lagi dengan pemergian Arwah suami Kak Dara atau Blogger Makdara, tadi senja dikejutkan lagi dengan berita sedih dengan pemergian Blogger atau Kak Syuhada Baharudin. Rasa sayang shida belum sempat mengenali dengan lebih rapat dengan arwah ni. Tapi dia rajin tegur shida, like dan komen status di facebook itu salah satu aktiviti harian arwah. Selepas berita Kak Syuhada terlantar koma di hospital shida terkejut patutlah lama tak nampak Kak Syuhada bersocial dimedia social. Kalau tak, selalu nampak status semangat dan kata-kata semangat yang selalu Kak Syuhada update. Sekarang semua tinggal kenangan dan shida pasti ramai bloggers yang mengenali arwah rapat atau tak terasa dengan pemergiannya. Kita kena akur Allah lebih sayangkan arwah dan kita juga kena terima hakikat bahawa semua yang hidup pasti akan mati, ajal dan maut ketentuan yang Maha Esa. Al-Fatihah buat arwah Syuhada Baharudin, andai arwah ada membuat kesalahan dan kesilapan atau menyinggung perasaan mana-mana pihak mohon Maafkan ya, halalkan segalanya untuk kebaikan bersama AMIN. Blogger Syuhada Baharudin dalam kenangan.

