Assalammualaikum, peace upon you.

Bahana Malware atau Malicious Software | baru-baru ni tapi tak baru lah dalam 2 minggu yang lepas macam tu blog shida dikejutkan oleh beberapa blogger (akan disebut pada akhir entri) yang blog shida ada Malware. Mesti ramaikan blogger yang tak tahu tentang kewujudan Malware ni. Malware atau Malicious Software ini sejenis perisian (virus) yang boleh merosakkan atau mengganggu sistem komputer korang dengan cara berjangkit antara komputer ke komputer lain atau pun dari plugin-plugin yang di pasang di mana-mana blog dan blog tersebut ada pautan terbuka kepada blog-blog yang lain. Dalam kes shida ni shida memang ada exchange bloglist dengan blog abgteror.com salah satu blog feveret shida yang selalu shida baca tentang isu semasa dalam dan luar negara. So kalau blog media seperti itu tak hairan lah kalau guna plugin macam-macam untuk trafik dan lain-lain.
Makin ramai pula yang PM shida beritahu pasal Malware yang dorang detect bila buka blog shida menggunakan google crome. Ini lah salah satu kelebihan google crome, korang boleh layari dengan selamat kalau guna crome tapi shida pengguna setia mozilla firefox hehee im sorry ^_^ Rasa tak selesa bila blog ada malware! shida pun buka lah blog shida guna crome dan keluarlah warning seperti dalam gambar tu. Tertera blog shida ada malware dari content abgteror.com. So cepat-cepat shida buang blog abgteror dari bloglist. Now blog kembali aman Alhamdulillah :) Terima kasih kepada Blogger Rohaida, Blogger Zzela dan Blogger Deno sebab sudi PM shida tentang malware ni. Walaupun tengah sibuk-sibuk dengan urusan dirumah dan tempat kerja, malam tu shida ambil juga masa untuk selesaikan. :)
Kesan Buruk Malware pada Blog :
- Melumpuhkan Trafik Harian
- Pengunjung Tak Masuk Blog sebab ada Warning Malware
- Terkesan juga kepada SEO
- Rank Alexa Terjejas
- Pendapatan Blog berkurangan
Cara Atasi atau Membuang Malware :
- Kenal pasti dulu punca Malware datang, jika dari komputer sendiri boleh scan, jika dari content atau code mana-mana boleh buang terus content atau code tersebut.
- Jika tak dapat kenal pasti boleh scan malware menggunakan scan online boleh search dekat google ya :)
- Yang paling penting komputer korang mesti ada antivirus yang berupdate, lepas guna internet scan komputer/laptop korang tu, dah bersih baru shut down ok :)
*ada pandangan lain boleh share! sama-sama kita jaga blog kesayangan kita ni :)
