Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Cara Pasang Widget Top Commentators Dalam Blog | Okay harini shida terajin nak update tutorial blog macam mana nak pasang top komen macam shida pakai sekarang ni. Sebenarnya rata-rata ramai dah blogger guna widget ini cuma bila dah pasang, web yang buat widget ini tak update credit mereka dengan betul, sebab bila ada pengguna yang nak pakai rata-rata tak dapat klik link tersebut. Jadi shida search kat google je cari nasib lah jumpa kat web dia. Caranya pemakaian tak boleh copy paste ye. Kena masuk web dia dan install masuk dalam layout korang. Follow step ini :
1. Klik link bawah ini.
Nanti korang akan nampak satu form macam kat bawah ni.
2. Korang isi dulu maklumat yang dia nak dalam tu.
bahagian day number dan name number boleh tukar ye dan jangan lupa juga bahagain exclude user boleh letak nama korang ya supaya nanti dalam top komen tak la muncul nama korang pula sebabnya macam shida sendiri jenis suka balas-balas komen blogger yang datang komen.
3. Klik Add Widget dan nanti dia akan keluar seperti di bawah.
4. klik Add Widget dan dia auto masuk dalam layout ya.
Sebelum tu boleh edit Title ikutlah korang nak letak tajuk apa ya.
Lepas dah siap :)
Oh ya bagi korang yang nak guna scroll bar pada widget macam shida punya boleh tengok tutorial kat sini > Cara buat scroll bar pada widget sidebar.




