Assalammualaikum, peace upon you.
Thanks kepada blogger Cci untuk soalan ini, shida nak ceritalah serba sedikit mengikut pengalaman shida selama hampir 4 tahun sebenarnya shida berkecimpung dalam arena bloging ni. Jika nak dibandingkan blog shida dulu sehingga sekarang memang banyak peningkatannya, banyak perbezaan juga. Kadang-kadang tu shida ada juga terfikir macam cara untuk menarik minat blogger-blogger lain datang atau singgah ke blog kita dengan kerap. Blogger ni ada banyak jenis tau! Ada yang suka datang blog tu disebabkan 1. blog blogger tersebut cantik, kemas dan tak berat 2. ada pelbagai tips atau tutorial 3. sebab blogger tersebut femes amos! 4. peramah (senang bergaul tak kira baru/lama) 5. Meminati blogger tersebut lagi-lagi kalau cantik/hencem! 6. Entri yang sempoi dan kelakar 7. entri yang tak ada karangan 360 patah perkataan 8. pandai buat doodle atau vector 9. suka buat freebies 10. kerap update blog dan lain-lain. Kalau nak disenaraikan banyak juga ini shida bagi beberapalah, jadi kesimpulannya sebab-sebab diatas tu sebagai tips untuk korang praktis dan inshaa allah blog korang akan didatangi pengunjung atau pembaca secara kerap.
Contoh shida beri dekat sini, blog shida ada pelbagai tutorial, baik blog atau nuffnang. Shida sentiasa mengisi blog shida dengan tutorial sebabnya dalam arena blog ni tutorial adalah satu medium yang selalu dicari oleh blogger lain dalam singkatan SEO. Alhamdulillah blog shida hidup dengan tutorial-tutorial dan juga beberapa tips yang shida beri untuk semua. Sebenarnya cara kita nak aplikasikan blog kita ni untuk tatapan orang tu yang penting. Korang kena survey kena ambil tahu selera pembaca korang! dan cuba tanamkan satu perkataan dalam minda korang iaitu give and take. Bila ada give and take baru seronok, tak ada lah kita berblog sorang-sorang kan, maksud shida korang kena lah BW (blogwalking) nak berjaya dalam arena blog ni bukan sahaja pergi event besar-besar, jumpa blogger retis dan sebagainya. Korang sendiri kena jayakan blog korang. Cari strategi untuk tarik pembaca ke blog korang. Hope entri shida ni bermanfaat lah kepada semua ya :) sharing is caring :)
shida blogger baru belajar, kalau ada salah dan silap mohon ajarkan :)

