Andrian dan Aryana adalah sepasang suami isteri dan telah dikurniakan dua orang anak (lelaki dan perempuan). Aryana telah membuat keputusan untuk tidak bekerja dan ingin menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga keluarganya. Andrian seorang arkitek muda yang berjaya dan kehidupan sehariannya yang sangat sibuk.
Dalam kesibukannya Andrian tidak melupakan hari ulangtahun perkahwinannya bersama Aryana. Aryana hampir merajuk yang menyangkakan Andrian telah melupakan hari istimewa tersebut. Dalam perjalanan mereka ingin keluar mengopi, Aryana singgah ke kedai untuk membeli barang, disitulah Aryana telah bertemu dengan Mimie.
Mimie seorang jururawat sementara, tekad ingin menamatkan kontraknya kerana ingin fokus untuk mencari calon suami kaya untuk kepentingan dirinya dan Makngah (mak saudara mimie). Ini kerana mimie cemburu melihat kemesraan Andrian dan Aryana ketika mereka bertemu dikedai sedangkan Mimie telah pun berkawan dengan Ali (kawan masa kecil mimie).
Ketika Aryana sedang mengundur keretanya, tiba-tiba Aryana terlanggar sesuatu dibelakang. Rupanya Aryana telah melanggar Mimie yang sedang menunggang motorsikalnya. Kaki dan tangan Mimie luka, Aryana keluar dan melihat Mimie dalam kesakitan dan sedang asyik marah kepada pemandu yang melanggarnya (Aryana).
Apabila Mimie tersedar pemandu itu adalah Aryana secara tiba-tiba Mimie berhenti marah-marah. Kerana berasa kesal Aryana menawarkan untuk membawa Mimie pulang ke rumahnya dan ingin mengubati lukanya itu. Mimie hanya turut dan telah tiba ke rumah Aryana, Mimie diarah untuk duduk dahulu sementara Aryana mengambil First Aid untuk mengubati luka-luka pada Mimie tetapi Mimie telah hilangkan diri dan pergi ke bilik Aryana...bersambung...
Tonton Drama Bougainvillea Episod 1


