Assalamualaikum, peace upon you.
Terima kasih kepada Blogger Zaza Zehra dan penaja yang menganjurkan giveaway ini. Hadiah nya FM Bunga handmade by aziefazieda Collection (fridge magnet), Alhamdulillah bulan oktober dan november ni memang bulan rezeki agaknya banyak juga hadiah shida dapat dari aktiviti blog seperti ini. Dulu mana reti join benda-benda macam ni tau. Lepas lebih kurang setahun dalam dunia bloging baru shida aktif dalam penyertaan macam ni. Kalau korang nak tau dulu masa tahun shida mula-mula buat giveaway jarang kot nak ada sponser-sponser bagai semua support sendiri lepas tahun 2011 baru nampak aktif ada banyak sponser yang saling membantu dalam dunia bloging. Indahnya bloging sebenarnya :)
Ok hadiah voucher ni pula dari giveaway Blogger Yui Craft tu, menang juga dari giveaway yang dianjurkan oleh yui. Jarang shida menang dari GA-GA yui ni sebenarnya tapi kali ni memang rezeki dapat juga voucher ni. Thanks buat Yui dan juga penaja :) tapi sayang area tempat shida tak ada Restoran Rasamas ni sayang sangat-sangat!! dan shida nak let go kepada Fans Dunia sebenar Shida di fanpage malam ini :) secara percuma!! so korang yang nak join tu jangan lupa malam ni shida update dekat fanpage :)


