Assalammualaikum wbt
Bertambah Ahli Keluarga | Tahniah Farah & Rizal | Selamat Pengantin Baru | Penangan cuti sakan kan, berapa hari shida skip tak update blog. Busy teruk dah ni shida sampai harini baru update entri baru huhuu... Pada entri rabu yang lepas Wordless Wednesday ramai dah tertanya-tanya siapa agaknya yang buat kenduri pada hari biasa ni kan. Sebenarnya adik ipar shida yang nikah dan terus buat kenduri kahwin korang, pilihan tarikh pun Pejabat Agama yang urus jadi memang tak boleh nak pilih hari-hari macam sebelum PKP. Ini pun tarikh ke 2 (tarikh asal pada bulan ogos) setelah kedah alami lock down tempoh hari sebab suaminya orang kedah dan kawasan yang kena kuarantin termasuk kawasan mereka. Jadi selepas selesai kuarantin baru boleh mereka bergerak ke luar kawasan.
Alhamdulillah tarikh 2 September 2020 (Rabu) ni pun baru dapat dari pejabat agama 5 hari sebelum majlis dan semua persiapan adalah last minit ^_^ nasib lah majlis berjalan dengan lancar. Jemputan pun tak ramai memandangkan hari persekolahan dan mengikut sop yang dikeluarkan oleh pejabat agama. Apa-apa pun majlis dah pun selesai, pasangan juga sudah diijabkabul Tahniah sekali lagi Nurfarah & Shahrizal, selamat menjalani alam rumahtangga dengan bahagia :)
Ohya! tak lupa juga Tahniah untuk Mira Filzah & Wan Emir atas
pernikahan mereka tempoh hari. Semoga berbahagia bersama pasangan
pilihan hatinya sama cantik sama padan :)



