Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Akhirnya iklan nuffnang dah aktif | Yaa syukur sangat iklan dah berjoget-joget dalam blog shida ni. Disebabkan lama shida tak aktif since 2016 hinggalah baru-baru ni je shida aktif semula pada bulan jun yang lepas. Kebanyakan blog yang dah tak aktif bertahun-tahun selalunya pihak nuffnang akan band atau senang kata dia blok la iklan-iklan dari disiarkan di dalam blog, ada juga akaun nuffnang pun tak boleh buka dah. Tapi Alhamdulillah setakat ni akaun shida belum kena blok lagi cuma iklan je takde. Baru-baru ni adalah shida mengirim sepucuk surat cinta kepada nuffnang bertanyakan tentang iklan yang dah lama tak masuk. Alhamdulillah sekali lagi, bulan Julai ni dah banyak iklan keluar berlegar-legar dalam blog shida :) Terima kasih nuffnang.
Hari ini juga secara tak sengaja shida buka akaun nuffnang dan nampak ada penambahan earn dalam akaun nuffnang bahagian CPC..rupa-rupanya ada yang dah klik beberapa iklan dalam blog shida yang berlegar-legar dalam beberapa hari ni. Banyak iklan dari LHDN dari pelbagai sudut atas header ada, bahagian sidebar ada dan dalam entri pun ada. Kalau korang nampak ada iklan-iklan tu sudi-sudilah mengelik kot berminat dengan pengiklanan tersebut :) lama pula tak dapat CPUV dari nuffnang ni. Last dapat pun tahun 2018. Dapat CPUV ni seiring dengan trafik blog tinggi lagi masyukk :)

