PKPB Seluruh Negeri Di Semenanjung Kecuali Perlis, Pahang & Kelantan (4 Minggu)
Assalammualaikum dan Selamat Pagi korang. Pagi yang indah dan lagi terang,shida masih bekerja untuk hari terakhir sebelum bermulanya PKPB 9 Nov 2020. PKPB kali ini (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang melibatkan seluruh negeri di semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan. Rasa sedih dengar perkhabaran ini petang semalam, agak kecoh juga la dengan bermacam-macam persoalan dari murid dan ibubapa melalui whatsapp, bertalu-talu masuk satu persatu shida jawab dan balas pertanyaan mereka.
Bermula esok juga, pusat tuisyen akan ditutup selama 4 minggu sehingga 6 Disember 2020 dan akan dibuka sehingga diberitahu sekiranya PKPB tidak bersambung lagi. Kesian dengan students shida, exam pun tak habis lagi masih ada dua paper lagi nak jawab huhuuu dah dapat perkhabaran dari MKN PKPB dilaksanakan semula. Sekolah harian, tadika, sekolah berasrama penuh, Kolej Vokasional, Kolej Tingkatan 6, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM ditutup 4 minggu.
Bertabah lah semua ya! duduk rumah elok-elok jaga kesihatan. Nak keluar rumah ingat hanya 2 orang sahaja dibenarkan dan pakai face mask ya. Jaga diri, jaga jarak dan jagalah keluarga kita . Empat minggu duduk dirumah, Inshaa Allah kita mampu lakukan dengan baik. Sama-sama kita doakan virus ini cepat terhapus dari muka bumi ini. Semoga segala yang terjadi, ujian ini, dugaan ini ada hikmah disebaliknya.
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
SELURUH NEGERI SEMENANJUNG KECUALI PERLIS, PAHANG & KELANTAN
9 NOV 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020
#KitaJagaKita #KitaBelumMenang #JomTanganiCovid19

