Perak dari PKPB ke PKP Mulai 22 Januari hingga 4 Februari 2021 | Hari ini bermula Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Negeri Perak. Ada juga beberapa buah negeri yang PKP bersama hari ini. Seperti biasalah Pusat Tuisyen shida juga turut terjejas diarahkan penutupan semasa PKP. Allahu masa dapat berita ni memang shida tak terkedu tak tahu nak cakap apa.
Kesian sungguh dengan anak-anak murid shida ni, dorang semangat dah datang tuisyen belajar perkara baru dengan norma baharu, alih-alih Pusat kena tutup. Ramai juga ibubapa yang mengadu perihal anak-anak, lagi-lagi permasalahan masih tidak dapat membaca dengan baik atau menguasai bahasa dengan lancar kerana lama tak pergi sekolah.
Memang shida akaui, tak semua ibubapa punya masa dan tenaga bila anak-anak berada dirumah untuk pdpr. Tambahan pula ibubapa yang bekerja, ramai alami masalah untuk mengurus pembelajaran anak-anak dirumah. Mungkin bila hantar tuisyen dapat sedikit sebanyak membantu pembelajaran anak-anak semntara sekolah masih tutup.
Handfone pula sekarang dah jadi salah satu gadget wajib anak-anak perlu ada, kerja sekolah dan latihan semua sekarang melalui handfone, memang betul sekolah sekarang berada di dalam handfone dengan norma baharu persekolahan. Nak tak nak kena juga hadap semua ni sampai segalanya pulih kembali seperti sediakala.
Macam shida sendiri, macam selalu shida kata sebelum ni, bila kami diarah tutup yang paling terkesan adalah bila nak buat pembayaran dari segala segi terjejas. Mana nak bayar sewa, bil-bil semasa, penggajian (stress fikir). Inshaa Allah semoga Allah swt permudahkan segala kesulitan yang timbul. Moga ada sinar selepas apa yang terjadi walaupun i sinar shida tidak lulus huhuu #sabarjela 😕
Kepada kawan-kawan diluar sana yang dapat bekerja, berhati-hati ya! Elak 3S sembang dekat, sempit dan jaga jarak, sesak dikawasan ramai orang, Yang penting pakai facemask dan selalu hand sanitizer. Untuk PKP hari pertama hari ni dan esok shida masuk pejabat untuk selesaikan kerja-kerja penting, lepas tu shida teruskan dengan WFH saja sehingga tunggu khabar berita untuk bebas PKP.







