Assalamualaikum, peace upon you.
* Sila kemukakan salinan:
Alhamdulillah bila dengar ada bantuan lagi untuk rakyat semua pakat senyum lebar kan :) samalah macam shida ni kerja pun dengan swasta saja tak ada keistimewaan macam kerja dengan badan kerajaan so dapat bila dapat BR1M ni bersyukur sebab kerajaan nak bantu kan :) so kepada yang terlepas BR1M 2.0 boleh cuba untuk BR1M 3.0 2014 ni. Korang boleh isi borang permohonan online. Bagi yang dah pernah dapat tak perlu isi lagi, tapi sekiranya ada yang korang nak update seperti alamat dan sebagainya bolehlah kemas kini data korang tu. Sebelum memohon kita tengok dulu syarat kelayakan lepas ke tak lepas. Jika layak boleh isi terus jika tidak kira tidak layak lah untuk memohon.
Syarat-syarat kelayakan memohon BR1M 2014 :
(i) Warganegara
Malaysia
(ii) Lelaki
atau perempuan yang menjadi ketua
kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan
kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan
jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
(iv) Bujang yang berumur
21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan
ke bawah
* Sila kemukakan salinan:
(i) MyKad bagi pemohon; dan
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
* Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia
* Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014* Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia


