Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah, rezeki advertorial dah masuk :) senyum lebar shida hehee. Insha Allah tunggu duit Nuffnang dan lain-lain dah boleh buat Giveaway sempena Ulang Tahun Blog shida (ke 4 tahun) yang serba biru ni. Sebenarnya dah lama plan nak buat tapi teruja lebih tak boleh nak tunggu shida dah buat awal-awal hari tu sempena follower 5k shida yang bertajuk Giveaway 5k Dunia sebenar Shida tu ingat tak? seramai 280++ yang join masa tu meriah sangat-sangat :) so Inshaa Allah giveaway akan datang ni shida ada plan sikit tapi masih dalam perancangan lah.
So duit hasil dari blog ni memang shida tak usik kalau tak ada guna untuk apa-apa kecuali nak renew domain blog atau buat barangan limited edition blog baru guna. Acc maybank ni shida buat khas acc simpanan duit bloging dan design sahaja :) saja lah nak tengok berapa banyak shida boleh simpan dalam beberapa bulan kan. Sebab dah kahwin nanti, dah ikut bakal suami mungkin nak jadi fulltime blogger dan jadikan bloging satu sumber pendapatan nanti so dari sekarang belajar cari duit dengan bloging dan partime designer, Inshaa Allah jika ada rezeki dan dipanjangkan umur.



