Menang Giveaway Raya 2021 - Duit Raya By Bola Katok | Alhamdulillah rezeki dihari jumaat, satu permulaan yang baik untuk Bulan Jun tahun ini. Harap-harap ianya berterusan lah sampai bila-bila, sebabnya bukan selalu shida ni bertuah tentang sesuatu. Walau macam mana pun shida bersyukur apa adanya yang hadir, yang tiba dan yang mendampingi heheee.
Gembira shida diumum menang dapat duit raya haaa! bukan senang besar-besar ni orang nak bagi duit raya kan. Alhamdulillah syukran kepada Blogger Bola Katok selaku penganjur giveaway. Tahniah juga kepada pemenang yang lain memenangi kategori duit raya yang lain, rezeki hampa hehee.
Hadiah berupa duit raya pun telah diterima masuk ke akaun bank sotong shida hehee. Alhamdulillah syukur, moga murah rezeki Blogger BK ya terima kasih banyak-banyak. Lepas ni boleh la saling kunjung mengunjung bagi menambah lagi rakan blogger dan meningkatkan trafik blog. Jom korang berkenalan dengan Blogger Bola Katok ni.