Assalammualaikum, peace upon you.
Cara nak semak lokasi mengundi anda : SPR SEMAK
Untuk tahun 2013 ini adalah tahun pertama shida mengundi, rasa berdebar-debar macam nak ambil exam pula, shida sendiri pun tak tahu kenapa, entah apa akan berlaku selepas 5 Mei 2013 nanti. Tadi shida dah pun semak dan sudah pun tahu tempat shida mengundi dan di saluran mana. Tak lah risau nanti bila sampai-sampai tempat mengundi tercengang tak tahu nak buat apa kan, nasib tempat mengundi juga tak jauh. Undian kita adalah rahsia, semuanya terletak ditangan kita sendiri untuk memilih dan mengundi. Fikir sebaik-baiknya dan undilah kepada yang benar-benar layak mendapat undian. Saya memilih mengundi, anda bagaimana??