Kepenatan | Assalammualaikum dan hai korang. Sorry lama tak update blog kan. 2 3 hari ni agak sibuk, sibuk tolong mak buat nasi lemak untuk tempahan. Adik? hahaa adik sudah pun balik ke Kuala Lumpur now kerja buat nasi lemak tinggallah emak seorang. Cuma kalau ada tempahan yang banyak baru shida turun padang. Macam hari isnin yang lepas mak terima tempahan sebanyak 180 bungkus nasi lemak daun pisang. Jabatan mana tah order sebab nak buat majlis. Haaaa memang pishangggg wehh bangun seawal 4.30 pagi terus ke rumah mak. Sampai rumah tengok mak dah siap-siap susun daun pisang untuk standby.
Memang penat, sebab tak cukup tidur pun ya 😓 Selasa esoknya shida flat terus, memang tak mampu buat apa hahahaa. Bersambung hari rabu pula ada tempahan lagi, kali ni tak banyak dalam 80 bungkus sahaja. Lepas selesai, tengah shida berehat dalam jam 11pagi macam tu, dapat khabar berita dari kampung, mak wasap dalam group family sampaikan berita Maktua a.k.a MakLong dah pergi meninggalkan kita.
Salam Takziah | Shida ucapkan kepada Keluarga Maktua Halimah Binti Pandak Lamat. Actually maktua ni kakak sulung kepada mak shida. Dah beberapa minggu terlantar kat hospital, baru-baru ni dengar khabar sedikit tenat. Tahu-tahu rabu pagi dia dah takde. Sedih sangat rasa, lepas zohor kami sekeluarga terus balik ke kampung (Padang Rengas, K.Kangsar) nak tengok arwah.
Arwah baik dengan keluarga kami, banyak bantu keluarga kami terutama mak shida (adik bongsu perempuan). Tengok mak muka lain je, menahan air mata jatuh, sedih sangat. Semoga mak shida kuat dan tabah atas kehilangan kakak yang paling dia rapat dan sayang. Jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) untuk arwah, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


