Kepenatan - Salam Takziah
Kepenatan | Assalammualaikum dan hai korang. Sorry lama tak update blog kan. 2 3 hari ni agak sibuk, sibuk tolong mak buat nasi lemak untuk tempahan. Adik? hahaa adik sudah pun balik ke Kuala Lumpur now kerja buat nasi lemak tinggallah emak seorang. Cuma kalau ada tempahan yang banyak baru shida turun padang. Macam hari isnin yang lepas mak terima tempahan sebanyak 180 bungkus nasi lemak daun pisang. Jabatan mana tah order sebab nak buat majlis. Haaaa memang pishangggg wehh bangun seawal 4.30 pagi terus ke rumah mak. Sampai rumah tengok mak dah siap-siap susun daun pisang untuk standby.
Memang penat, sebab tak cukup tidur pun ya 😓 Selasa esoknya shida flat terus, memang tak mampu buat apa hahahaa. Bersambung hari rabu pula ada tempahan lagi, kali ni tak banyak dalam 80 bungkus sahaja. Lepas selesai, tengah shida berehat dalam jam 11pagi macam tu, dapat khabar berita dari kampung, mak wasap dalam group family sampaikan berita Maktua a.k.a MakLong dah pergi meninggalkan kita.
Salam Takziah | Shida ucapkan kepada Keluarga Maktua Halimah Binti Pandak Lamat. Actually maktua ni kakak sulung kepada mak shida. Dah beberapa minggu terlantar kat hospital, baru-baru ni dengar khabar sedikit tenat. Tahu-tahu rabu pagi dia dah takde. Sedih sangat rasa, lepas zohor kami sekeluarga terus balik ke kampung (Padang Rengas, K.Kangsar) nak tengok arwah.
Arwah baik dengan keluarga kami, banyak bantu keluarga kami terutama mak shida (adik bongsu perempuan). Tengok mak muka lain je, menahan air mata jatuh, sedih sangat. Semoga mak shida kuat dan tabah atas kehilangan kakak yang paling dia rapat dan sayang. Jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) untuk arwah, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
17 comments
salam takziah ya shida.. take care, have a good rest
ReplyDeletesalam takziah.
ReplyDeleteSalam takziah kak
ReplyDeleteInnalillah. Semoga roh ditempatkan bersama orang yang beriman.
ReplyDeletealaa.. tade COD nasi lemak ke Penang? tgk gmbr tu sngt terliur.. huhu
ReplyDeletedan salam takziah utk maktua kak shida.. moga roh dia tenang.. amin
salam takziah buat shida sefamily...
ReplyDeletemesti sedap nasi lemak daun pisang... akak suka makan nasi lemak daun pisang bau sedap
Innalillahiwainnailaihirajiuun...
ReplyDeletesalam takziah buat shida dan keluarga..
ReplyDeletenasi lemak tu mmg nampak menyelerakan aa
Salam takziah buat keluarga Maktua Halimah binti Pandak Lamat. Shida pun kena bawa-bawa berehat ye. Moga semuanya baik-baik saja.
ReplyDeleteAl-fatihah (dibaca)
ReplyDeleteSalam takziah.
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
Salam Takziah. Wangi selera makan nasi lemak beralas daun pisang.
ReplyDeleteal-fatihah (dibaca)..semoga roh Maktua Shida tenang di sana...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Rezeki buat mak Shida.. Sedap makan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang..
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirajiuun.. Semoga roh ditempatkan bersama orang yang beriman.. Aamiin..
Salam Takziah Shida. Semoga roh arwah ditempatkan bersama sama orang yang beriman. Aamin
ReplyDeleteSemoga mak shida dan keluarga terus kuat.
Rehat dulu shida, memang penat tu nak menyiapkan tempahan makanan.
take care kak!
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga shida.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.