Kepenatan - Salam Takziah

by - 21:33:00

Kepenatan | Assalammualaikum dan hai korang. Sorry lama tak update blog kan. 2 3 hari ni agak sibuk, sibuk tolong mak buat nasi lemak untuk tempahan. Adik? hahaa adik sudah pun balik ke Kuala Lumpur now kerja buat nasi lemak tinggallah emak seorang. Cuma kalau ada tempahan yang banyak baru shida turun padang. Macam hari isnin yang lepas mak terima tempahan sebanyak 180 bungkus nasi lemak daun pisang. Jabatan mana tah order sebab nak buat majlis. Haaaa memang pishangggg wehh bangun seawal 4.30 pagi terus ke rumah mak. Sampai rumah tengok mak dah siap-siap susun daun pisang untuk standby. 

Memang penat, sebab tak cukup tidur pun ya 😓 Selasa esoknya shida flat terus, memang tak mampu buat apa hahahaa. Bersambung hari rabu pula ada tempahan lagi, kali ni tak banyak dalam 80 bungkus sahaja. Lepas selesai, tengah shida berehat dalam jam 11pagi macam tu, dapat khabar berita dari kampung, mak wasap dalam group family sampaikan berita Maktua a.k.a MakLong dah pergi meninggalkan kita.

Salam Takziah | Shida ucapkan kepada Keluarga Maktua Halimah Binti Pandak Lamat. Actually maktua ni kakak sulung kepada mak shida. Dah beberapa minggu terlantar kat hospital, baru-baru ni dengar khabar sedikit tenat. Tahu-tahu rabu pagi dia dah takde. Sedih sangat rasa, lepas zohor kami sekeluarga terus balik ke kampung (Padang Rengas, K.Kangsar) nak tengok arwah.

Arwah baik dengan keluarga kami, banyak bantu keluarga kami terutama mak shida (adik bongsu perempuan). Tengok mak muka lain je, menahan air mata jatuh, sedih sangat. Semoga mak shida kuat dan tabah atas kehilangan kakak yang paling dia rapat dan sayang. Jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) untuk arwah, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


You May Also Like

17 comments

  1. salam takziah ya shida.. take care, have a good rest

    ReplyDelete
  2. Innalillah. Semoga roh ditempatkan bersama orang yang beriman.

    ReplyDelete
  3. alaa.. tade COD nasi lemak ke Penang? tgk gmbr tu sngt terliur.. huhu
    dan salam takziah utk maktua kak shida.. moga roh dia tenang.. amin

    ReplyDelete
  4. salam takziah buat shida sefamily...

    mesti sedap nasi lemak daun pisang... akak suka makan nasi lemak daun pisang bau sedap

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailaihirajiuun...

    ReplyDelete
  6. salam takziah buat shida dan keluarga..

    nasi lemak tu mmg nampak menyelerakan aa

    ReplyDelete
  7. Salam takziah buat keluarga Maktua Halimah binti Pandak Lamat. Shida pun kena bawa-bawa berehat ye. Moga semuanya baik-baik saja.

    ReplyDelete
  8. Salam takziah.
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  9. Salam Takziah. Wangi selera makan nasi lemak beralas daun pisang.

    ReplyDelete
  10. al-fatihah (dibaca)..semoga roh Maktua Shida tenang di sana...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. Rezeki buat mak Shida.. Sedap makan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang..
    Innalillahiwainnailaihirajiuun.. Semoga roh ditempatkan bersama orang yang beriman.. Aamiin..

    ReplyDelete
  12. Salam Takziah Shida. Semoga roh arwah ditempatkan bersama sama orang yang beriman. Aamin
    Semoga mak shida dan keluarga terus kuat.

    Rehat dulu shida, memang penat tu nak menyiapkan tempahan makanan.

    ReplyDelete
  13. Salam takziah buat keluarga shida.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.