Assalamualaikum, peace upon you
Hot! memang hot! semalam baru saja selesai majlis pertunangan pelakon wanita Irma Hasmie dan Reza Syah Ameer. Sekarang kita dikejutkan lagi dengan berita baru keluar dari avon ni. Awal Ashaari melamar Scha Al-Yahya secara terbuka untuk dijadikan isteri secara langsung dalam set Propaganza yang bersiaran di Astro Ria tengah hari tadi. Mesti ramai yang tengokkan time tu dan ramai juga yang update status dekat Facebook kata "sweetnya awal" . Kesian pula kat shida tak sempat menonton aksi "sweet" tu :)
Katanya (awal) lagi dalam set tersebut dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan. wahhh!! gitu memang la sweet :) . Tahniah buat scha seru dah sampai jangan dalih-dalih lagi. Maka dengan rasa terkejut dan aksi spontan dari awal, scha menerima lamaran tersebut. Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini. Tunggu jangan tak tunggu ya :)
Ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia. Bertuah la Scha Al-Yahya ni. hehee..untungla!! Tahniah!! sumber : murai.com.mywahhhh..bila turn shida ni =.=