Assalammualaikum, peace upon you.
Ok memandangkan ramai juga yang setuju shida buat segmen so seharian juga shida fikir-fikir nak buat segmen apa and akhirnya shida dah dapat idea segmen apa yang sesuai dan kelainan sikit antara segmen-segmen lain yang pernah shida atau korang join. Segmen tu berbentuk SILANG KATA dan kategori pula shida akan sertakan beberapa kategori. Mengikut pengetahuan masing-masinglah so nanti shida akan senaraikan kategori yang bakal shida fikir-fikirkan dan segmen ini akan berlangsung setiap bulan bermula April. So dari April hingga Disember maksudnya ada 9 Segmen berbentuk silang kata akan shida anjurkan.
Syarat-syarat sudah tentulah mudah sangat-sangat dan sponsors pula sementara ni shida tak perlukan lagi tapi jika shida perlu shida akan PM blogger-blogger yang layak untuk menjadi tajaan untuk segmen shida ini. Apa yang shida harapkan dapat sambutan dari korang lah. So ada beberapa soalan yang shida nak tanya dan cadangan lain-lain yang korang nak tambah, shida amat perlukan hope sudi lah beri buah fikiran korang tu ya! sebabnya yang akan join nanti adalah korang so keperluan dan kebebasan korang dalam join segmen shida ni penting juga :) just komen saja k, thanks :)
agak-agak korang lah kan...
berapa lama sepatutnya sebuah segmen tersebut layak berlangsung?kalau segmen silang kata kategori apa yang korang minat selain "pengetahuan am"syarat-syarat macam mana pula?kalau shida limit kan hanya 50 penyertaan saja macam mana?sesuai tak ada sponsors untuk segmen?jika syarat-syarat yang dikenakan shida meletakkan arahan wajib macam mana?jika penyertaan ramai hadiah sikit saja contoh peserta 100 hadiah cuma 5 pemenang, macam mana?korang ada idea? atau cadangan lain? boleh komen ok.


