Assalammualaikum, peace upon you.
Kisah September | Pejam celik pejam celik dah seminggu dah bulan september ni. Sabtu baru ni shida sefamily pergi ke rumah kakak shida untuk sambut Hari Jadi. Biasa memang kami akan sambut setiap bithday anak-anak buah shida ni. Diorang pun masih kecil kan so saja lah nak meraikan meriahkan suasana peningkatan umur mereka ni. Salah satu aktiviti kekeluargaan yang paling hapening :) So untuk bulan September ni kami sambut untuk 4 hari jadi iaitu Ayah shida Pak Radzuan (2/9) Adik shida Nabila (9/9) Anak buah shida yang kedua Nana (9/9) dan Anak buah shida yang ketiga Adam (6/9) dekat-dekat je semua tarikh kan hehee.. tapi adik shida dengan anak buah shida tu tarikh sama kan dan caracter pun sama kuat tidur hahaaa.. eloklah sangat! so masa tu kekenyangan sebab kakak shida masak banyak sangat menu, dengan kek lagi, bihun goreng, macaroni dan lain-lain. Memang buncit semalam makan pun agak lewat haihh redhaa je lah ^_^ tapi memang kami semua happy, banyak adegan yang mencuit hati, tersentuh hati dari anak-anak buah shida semua :) Selamat Hari Jadi semua :)
Kebetulan adik shida yang study kat Politeknik Sabak Bernam balik cuti juga, kira semuanya ada semalam kecuali abang shida dan kakak ipar yang stay kat Rawang tu tak balik. Habis celebrate makan-makan sesi beri hadiah, banyak hadiah untuk dorang, yang si abang bukan hari jadi pun bagi juga hehee. bersepah habis rumah memang mak dia kena dobi lah lepas tu ^_^ apa-apa pun shida gembira semuanya berjalan dengan lancar sebab last minit bincang nak buat malam tu, yang penting semua happy tu je :) Ohya, korang! mulai hari selasa shida akan buat entri auto publish, bermula selasa hingga khamis sebab shida nak pergi kursus seperti yang shida cerita sebelum ni, yang tak baca lagi boleh lah belek-belek entri yang lepas-lepas tu ya :) So balik sure letih cuma nak berehat je tinggal dari pagi sampai malam berturut-turut, so sesi blogwalking shida akan bermula selepas hari khamis, jumpa nanti kat blog masing-masing ok :)


