Selamat Hari Jadi Mama | 26 Oktober 2020 | Assalammualaikum dan hai korang 😊 Hari isnin bersamaan 26 Oktober 2020 adalah hari ulangtahun kelahiran mak mertua shida. Puan Zamaniah Binti Hashim. Hari ni genaplah usia mama mertuaku tersayang umur dirahsiakan oleh mak mertua hahahaa. (shida tahu dah :p) Shida ni merupakan menantu sulung dalam keluarga en.husben (husben anak sulung).
Walau atas title mertua tetapi tetap shida anggap seperti mak shida sendiri. Hampir setahun tinggal bersama mak mertua pada tahun (2019) yang lepas, mama lah tempat shida menumpang kasih seorang emak, kita berbual, bergurau, pergi outing bersama-sama, solat bersama-sama. Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan ketika tinggal bersama huhuu rindu moment itu!
Siang tadi lepas zohor shida guna runner untuk surprise delivery, nasiblah dapat cari pagi tadi. Dapatlah runner kirimkan surprise ni (bouquet + belon + dinner plate kfc) pada mama di Kg Kedah Gelong Gajah,Beruas. Yes! mama terkejut hahaha, jauh kiriman ni dari taiping tau (jauhlah sangat 😆 hahaha) Inshaa Allah ada masa memang nak balik ke kampung tapi tunggu lah kes covid19 sedikit tenang dahulu. Semoga mama happy selalu, sihat tubuh badan serta dimurahkan rezeki. Walau jauh mama abah dekat dihati dan sentiasa dirindui, moga mama abah sentiasa dalam lindungannya Amin!