Alhamdulillah hampir sebulan shida tidak menulis dan hampir-hampir ingin berhenti menulis. Apa khabar kawan-kawan semua? Maaf korang lama sungguh shida menyepi. Harap ada yang masih ingat Shida Radzuan, kenal lagi ke korang? heheee.
Harini terasa ingin mencoret sesuatu pada blog sebab lama sangat tinggal. Selama hampir sebulan ni shida menyepi terlalu banyak perkara yang terjadi dan shida ambil ia sebagai satu dugaan di mana Allah menegur kita, menyapa kita, menarik nikmat gembira seketika.
Mungkin ada yang tahu dan tak tahu. Shida baru lepas sembuh dan dalam fasa semakin sihat. Tanggal tak dapat dilupakan 28 dis 2021 yang lalu shida disahkan positive covid19 dan telah berkuarentin selama 10 hari masuk wad 3 hari. Ini lah berita yang kurang gembira untuk semua.
Sempena hari jadi pada 5 January 2022 yang lalu sambut sorang-sorang dalam ward hahahaa. Setiap masa encik husben bertanyakan khabar pesannya semoga semakin baik dan banyakkan bersabar. Ada lagi berita baik korang, sebelum shida disahkan positive shida dah pun terima berita baik ini berita yang dinantikan selama ini.
Akhirnya, pada tahun ini shida bakal menjadi seorang ibu Alhamdulillah panjat syukur pada Illahi. Menerima khabar ini pada tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang ke 3 pada 14 dis 2021. Sekarang shida dah preg. 8 week dah korang. Tak tahu lah berita gembira dan sedih datang serentak kita jadi terkelu tak tahu nak kata apa.
Apa-apa pun shida totally gembira dan sentiasa menjaga kesihatan diri dan kandungan ini. Korang doakan lah ye untuk shida. Maaf lama buat korang tertanya-tanya, ramai yang tahu mengenai shida masa shida update pada facebook tempoh hari. Terima kasih semuanya yang mendoakan.

