Assalammualaikum, peace upon you.
Orang sambut birthday sehari saja masa date birthday kan, ok shida masuk hari ke tiga pun masih sambut lagi tau. Hah! betapa specialnya birthday shida pada usia 26 tahun ni. Apa yang shida maksudkan masih sambut kan bukan apa pun, sampai hari ni kawan-kawan, cikgu-cikgu, makcik pakcik masih lagi wish "selamat hari tua" kepada shida. Ya! terima kasih tak terhingga shida ucapkan yang dah wish banyak-banyak kali pun ada! itu kerja sidia! tiap kali call mesti panggil birthday girl walaupun dan 3 hari lepas birthday shida berlalu. Alah^^ segan la pula sebab yerlah dah jadi tua dari semua orang! orang lain bulan 10 11 12 baru birthday so masih muda dalam 9 10 bulan haihh^^ nasiblah dah nak keluar bulan Januari kan. Agaknya kalau mak tak tertahan nak beranak masa tu mesti shida lahir bulan 12 tahun 1986. Hebat juga mak heheee^^ terima kasih mak melahirkan saya kedunia ini :)
So, bila usia dah meningkat macam umur shida ni orang-orang tua akan mendoakan kepada kita, kesihatan yang baik betul tak? perjalanan hidup yang baik, betul tak? dan juga mendapat jodoh yang baik juga, itu wajib shida dengar dari setiap insan yang ucap pada shida. Bukan makcik-makcik saja, korang pun dan adik-adik pun dah pandai mendoakan perkara yang sama. Ermm..shida bersyukur sebab masih ada yang peduli tentang jodoh shida ni. Biasalah bila wanita yang seusia shida ni bila belum kahwin biasa orang tuanya sedikit risau lah, kot lah terjadinya "anak dara tua" kan, Tapi bagi shida zaman sekarang ni mungkin zaman ramai remaja kahwin awal kan, tapi tapi salah ke kahwin lambat? asyik kahwin awal, kahwin muda je kan, sekali sekala tu kita dengar pula zaman kahwin lambat! hahaaa^^ shida lah tu. Insyallah kami merancang yang menentukan yang diatas. Ada shida dan dia merancang tapi banyak perkara yang kami masih belum kuat untuk membuat keputusan berkahwin. sabar~! sabar itu kan separuh dari iman kita :)
Apa-apa yang penting shida mungkin tergolong dalam "anak dara tua" tapi usia saja tua dalaman muda lagi heheeee :p Terima kasih kepada semua yang mendoakan shida semoga cepat kahwin! Kalau semua sudah selesai dan dua-dua belah pihak sudah merestui ada lah jemputan khas dari shida untuk korang. Cuma korang doakan je lah supaya jangan lama sangat kan heheee :) Untuk Hadiah sempena hari jadi shida rasa tak ada kot~! entah dia tu suka suprises kan so tunggu dan lihat saja lah! kalau ada, adalah kalau tak ada tu buat-buat tak tau jelah kan, mesti ada yang cakap nanti "umur-umur camni pun nak main hadiah-hadiah lagi ke?" heheee^^ umur je tua orangnya still young ok :) ok lah shida nak BW kerumah korang :)