Assalammualaikum, peace upon you.
Seperti yang shida janjikan dalam entri ini klik untuk membaca ya! shida nak review blog dari Top Komen September "Jari mereka Ohsem"setiap bulan. Maka setiap bulan 2 blog terpilih dari 15 akan shida review dan setiap bulan mestilah blog yang berbeza. Top Komen blog shida ni mereka ni memang Awesome tau! selalu datang blog shida, tak pernah jemu-jemu mereka datang memberi support dan komen-komen bagai. Terima Kasih sangat-sangat buat mereka yang tersenarai. So shida mulakan review :
Blog Corat Coret Nusha adalah kepunyaan Blogger Yui, itu nama samaran dia lah yang shida tahu Yui, shida panggil dia pun memang Yui, tapi asal kenapa yui korang tanya lah dia eh, nak cerita lebih-lebih tak tahu pun hehee^^ dengan Yui ni shida lama gak lah kenal mulanya dari dalam blog bawa ke facebook sekarang ke HP, tapi urusan niaga. Korang tahu Yui ada buka perniagaan Craft so comel-comel tau geram je! tapi bukan lah craft saja pelbagai juga tau. Korang boleh terjah BlogShop Yui ni. Shida kenal Yui asalnya dari Blog Puan Azizah lepas dah selalu singgah terus melekat berkawan sampai sekarang, Seronok kawan dengan Yui ni. Baru-baru ni shida ada beli kuih Popia Mini buatan tangan Yui sendiri dengan mak yui. Sedap tau shida dah 2x order hehe^^ satu time raya puasa satu lagi baru-baru ni shida nak bawa pergi KL raya haji nanti :) Fav shida tau Popia Mini ni. Beli buat makan sendiri bukan hidang heheee^^ korang nak boleh order masih boleh lagi tak silap shida^^ Nak lebih Info Boleh terjah Blog YUI ok :) Thanks Yui!
Blog Cerita Tentang Kita adalah kepunyaan Dedeq De Wishes, pelik tak nama dia? tapi yang pasti bukan nama sebenarlah! nama sebenar seperti url blog dedeq. Shida mesra dan manja panggil dedeq saja hehee^^ tak gitu deq? ok Blogger Dedeq ni shida baru kenal dia tak silap dalam beberapa bulan je, Dedeq salah sorang pengunjung setia Blog Shida tau, sampai dia pun dah naik dalam Top Komen Bulanan Shida. Tahniah Dedeq hehee^^ shida juga rajin juga pergi ke blog deq tapi kalau sibuk atau internet problem memang tergendala semua kerja! Blog dedeq dah berwajah baru tau! tak sampai seminggu pun lagi, orang kata masih panas macam baru keluar dari Avon hehee^^ rekaan yang simple berwarna campuran hitam, ungu dan putih. Memang sweet! eh! terpuji design sendiri ekekeke :p Thanks juga buat sponsors doodle iaitu Blogger Apit! pakar segala doodle! So Korang jom terjah Blog Dedeq untung-untung boleh berkawan baik macam shida dengan dedeq sekarang. Dia sangat-sangat caring orangnya tau! Thanks Deq!