Assalamualaikum, peace upon you.
hai semua bloggerian semua :) sihat? hope semuanya sihat walafiat hendaknya. Bagi yang sakit-sakit tak sihat demam dan sebagainya cepat-cepat jumpa doktor ok. ambil tindakkan segera sebelum melarat sakit korang tu. sebab musim sekarang ni memang banyak orang sakit-sakit. Macam shida pun semalam hari ni sakit saja rasa. bukan sakit apa sangat la, tapi Sakit Hati dengan perangai atau sikap manusia sekarang yang semakin kejam dan zalim. Hati shida sakit bila dengar kes-kes buang bayi atau kelar bayi.
korang tengoklah bayi ni dikelar sendiri ibunya yang hanya baru berusia 14 tahun, muda lagi tapi hati sangat-sangat hitam dan kejam sanggup bunuh bayi yang tak berdosa atas kesilapan sendiri, keterlanjuran sendiri. Apa nak jadi lah dengan manusia sekarang ni. shida sedih dan pilu lihat keadaan bayi ini. Ini lah masalah remaja sekarang terdorong dengan perkara-perkara dilarang dan ditegah dalam islam. Bila dikawal dan tidak diberikan kebebasan mula lah memberontak. Tapi bila tidak dikawal beginilah jadinya menjadi seorang PEMBUNUH.
ini pula kisah seorang anak kecil berusia 2tahun dilanggar lari, berlaku ni di negara China. Shida cukup hairan manusia disana yang tiada perasaan berperikemanusiaan sanggup biar dan lihat saja anak kecil itu dilanggar oleh sebuah van. Pemandu van yang tak berhati perut itu langgar lari tinggalkan tempat kejadian, Lepas tu datang pula sebuah lori melanggarnya sekali lagi. Memang sadis lah shida tengok video ni. Rasa terkilan tengok sikap manusia sekeliling kat sana. Lepas tu datang seorang wanita yang agak berumur dan tarik budak tu ketepi. Datang pula siibu mengangkat anak kecil tu dan pergi.
Yang hairan macam mana anak kecil itu boleh merayau-rayau kawasan tempat laluan kenderaan tersebut. shida pasti siibu menyesal tak sudah. Jadi pada ibu sekalian tolonglah perhati anak anda. Kalau boleh pintu atau pagar sentiasa berkunci supaya keadaan seperti dalam video ni tak kan terjadi pada anda. Jangan putih mata nanti kerana kecuaian anda.
kesudahan anak kecil tersebut koma dan amat kritikal keadaannya. Menurut pihak hospital keadaan anak kecil tersebut sangat-sangat lemah dan peluang hidup memang tipis dan hanya menuggu masa menghembus nafas terakhir.
seorang ibu kepada anak kecil yang dilanggar lari itu meraung kesediha. Nasi dah jadi bubur cuma mampu berharap anak kecil itu kuat dan terus hidup.
Jadikan lah iktibar untuk kita semua. selamat berlamal ^_^


